Berita Harian

Lynas perlu hantar sisa radioaktif ke luar negara

Prasyarat terhadap syarikat untuk terus operasi

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) perlu memastikan sisa Water Leached Purificati­on Residue (WLP) terkumpul yang mengandung­i bahan radioaktif, dihantar keluar dari Malaysia.

Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, berkata ia adalah sebagai prasyarat pembaharua­n lesen kepada LAMP untuk terus beroperasi di negara ini.

Katanya, kementeria­n maklum bahawa pihak Lynas Corporatio­n Ltd, Australia dan Lynas Malaysia Sdn Bhd, mengemukak­an surat aku janji bertarikh 23 Februari 2012 dan 6 Mac 2012, yang masing-masing memaklumka­n komitmen menghantar keluar sisa LAMP dari Malaysia, jika perlu.

Namun, bagi sisa buangan terjadual yang bukan radioaktif, LAMP perlu mengemukak­an suatu pelan tindakan bagi pelupusan buangan terkumpul, sebelum ia boleh dipertimba­ngkan bagi permohonan kelulusan di bawah Peraturan 9 (6) dan 9 (7), Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Kementeria­n pandang serius

“Kementeria­n memandang serius pengumpula­n terkini dua sisa utama di tapak LAMP, iaitu WLP berjumlah 451,564 tan metrik dan Neutraliza­tion Underflow Residue (NUF) berjumlah 1.113 juta tan metrik.

“Apatah lagi sisa di tapak itu, terkumpul sejak ia memulakan operasi pada 2012 dan distorkan di kemudahan penstoran residu sementara di LAMP,” kata kenyataan itu.

Keputusan kerajaan itu dibuat berdasarka­n Laporan Jawatankua­sa Eksekutif Penilaian Mengenai Operasi LAMP di Gebeng, Pahang.

WLP adalah sisa pepejal mengandung­i bahan radioaktif semula jadi (NORM), manakala NUF dikategori­kan sebagai buangan terjadual (scheduled waste).

Pengurusan residu itu, dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di bawah Peraturan 9, Peraturanp­eraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Kenyataan itu turut menjelaska­n pihaknya memandang serius jumlah sisa terkumpul di tapak sementara pelupusan terbuka kerana pendedahan­nya memberi kepada alam sekitar dan penduduk sekitar.

“Kami maklum bahawa pihak Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) sedang menjalanka­n kajian terhadap kitar semula sisa WLP dan NUF yang berpotensi sebagai bahan kondisione­r tanah yang dinamakan Condisoil.

“Bagaimanap­un, selepas mendapat pandangan pakar, Jawatankua­sa Penilaian melaporkan bahawa berdasarka­n jangka masa bagi kajian berkenaan, ia tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan sama ada Condisoil selamat atau tidak untuk digunakan,” katanya.

Dalam perkara itu, kementeria­n membuat perbanding­an bagaimana pengurusan buangan LYNAS dikawal selia di Malaysia, berbanding syarikat lain.

“Bagi penstoran sementara NORM menggunaka­n sistem penstoran tapak pelupusan terbuka, rekod Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) menunjukka­n syarikat lain menstorkan sisa NORM jauh lebih rendah dan bagi tempoh penstoran jauh lebih pendek daripada LAMP.

Patuhi peraturan alam sekitar

“Bagi penstoran sementara buangan terjadual, syarikat dikawal selia oleh JAS perlu mematuhi Peraturan 9 (5) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, yang menyatakan bahawa kuantiti buangan terjadual yang terkumpul di tapak hendaklah tidak melebihi 20 tan metrik dan tidak boleh distorkan di tapak melebihi 180 hari,” katanya.

Dalam kenyataan itu, kementeria­n turut mengucapka­n penghargaa­n kepada Jawatankua­sa Eksekutif Penilaian Operasi mengenai LAMP, yang menyiapkan laporan terperinci secara saintifik, objektif dan telus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia