Berita Harian

‘Usah jadikan rakyat tikus makmal’

-

Kuantan: Lynas Corporatio­n Ltd (Lynas) perlu meneruskan permohonan mereka dengan pihak berkuasa berkaitan di Australia untuk menghantar balik semua sisanya sebelum tempoh lesen penstoran untuk sisa itu tamat pada September 2019.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata ini kerana Australia adalah negara yang besar dan luas sementara keperluan guna tanah di negara kini semakin terhad kerana pertambaha­n penduduk.

“Lombong Lynas di Gunung Weld di Western Australia terletak di kawasan hampir gurun yang jarang pendudukny­a. Lubang lombong Lynas yang besar di sana wajib diisikan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Dua syarat pembaharua­n lesen

Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, dalam kenyataan dikeluarka­n semalam, mengenakan dua syarat untuk pembaharua­n lesen Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), antaranya menghantar sisa mengandung­i bahan radioktif keluar dari negara ini.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) turut menegaskan pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah jelas untuk tidak membenarka­n Lynas menjadikan rakyat di negara ini sebagai tikus makmal.

“Tanah air kita yang indah tidak harus dijadikan medan percubaan Lynas untuk menguji produk sampingan yang tercemar.

“Ini adalah langkah permulaan yang baik untuk memastikan Lynas mengambil langkah proaktif bagi membersihk­an sisanya secara berterusan...kita perlu memerhatik­annya,” katanya.

Fuziah berkata, sebuah syarikat yang bertanggun­gjawab tidak akan membiarkan jumlah sisanya terkumpul begitu banyak seperti yang dilakukan oleh Lynas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia