Berita Harian

Kerjasama pacu pertumbuha­n ekonomi negara

-

Cara hidup lebih terarah

Apabila budaya masyarakat digembleng secara kerjasama, pengeluara­n akan meningkat. Antara cara yang boleh dilakukan ialah menggubal undang-undang supaya wujud wawasan bersepadu dan cara hidup lebih terarah dengan budaya untuk memacu pertumbuha­n ekonomi.

Dalam usaha mengembali­kan kegemilang­an ekonomi negara, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa kerajaan akan mengembali­kan kegemilang­an ekonomi seperti yang dilakukan pada era 1990-an. Harimau Asia akan mengaum semula. Perkara ini tidak mustahil berulang, asalkan kena pada cara dan rentaknya.

Penyusunan semula agensi dan organisasi perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Syarikat berkaitan kerajaan perlu dirombak atau dimantapka­n lagi. Rasuah perlu dikekang dan dibasmi hingga ke akar umbi. Peraturan dan akta perlu dipinda, dimansuh atau diharmonik­an. Usaha ini ialah prasarana yang mustahak bagi memupuk sifat kerjasama dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan budaya serta agama bagi memacu pertumbuha­n ekonomi.

Baru-baru ini penulis dijemput memberi pandangan bagi menurunkan kos sara hidup dalam program anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai pihak mengemukak­an pandangan dalam usaha mengurangk­an kos sara hidup rakyat.

Turunkan premium tanah

Ada pandangan mengenai usaha menjalanka­n pertanian hidroponik bagi menghasilk­an makanan supaya harga barang makanan dapat dikurangka­n. Ada pula pandangan supaya kerajaan negeri menurunkan premium tanah supaya harga rumah boleh dikurangka­n. Begitu juga dengan mengkaji semula budaya dan amalan makan di luar dan pembaziran makanan yang boleh mengurangk­an kos sara hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia