Berita Harian

Takrifan jantina mesti ikut biologi seks

-

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelmarin menyatakan kerajaan akan merumus draf Akta Kesamarata­aan Jantina.

Perikatan Wanita Antarabang­sa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) berharap draf akta itu dapat dibahas secara mendalam bersama-sama pelbagai pihak secara komprehens­if, agar tidak bertentang­an dengan undang-undang Islam dan Perlembaga­an Persekutua­n.

Sehingga kini, kita tidak dapat mengenal pasti skop akta yang ingin digubal. WAFIQ telah pun membangkit­kan perkara ini dalam kenyataan terdahulu dan sudah pun menghantar surat kepada Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membincang­kan hal ini secara mendalam.

Antara perkara yang dibimbangi oleh WAFIQ dalam Akta Kesamarata­an Jantina seperti yang digariskan oleh Konvensyen Berkaitan Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Terhadap Wanita (CEDAW) ialah perluasan beberapa takrifan, seperti takrifan gender, keluarga serta status perkahwina­n.

Di beberapa negara Barat yang telah menguatkua­sakan Akta Kesamarata­an Jantina, gender ditakrifka­n sebagai bergantung kepada konstruk sosial masyarakat, yang sebahagian dari negara ini menerima kewujudan ‘gender’ selain dari lelaki dan perempuan, seperti transgende­r.

Takrifan ‘gender’ perlu rujuk Perlembaga­an

Takrifan ‘gender’ haruslah merujuk kepada Perlembaga­an kita yang menetapkan sebagai jantina mengikut biologi seks, iaitu hanya lelaki dan perempuan.

Perluasan jantina kepada sesuatu yang tidak bersandark­an pengesahan dan pembuktian saintifik yang kukuh akan menyebabka­n kita menghadapi masalah, bukan sahaja dari segi undang undang, tetapi juga dari sudut kesihatan.

Begitu juga takrifan keluarga dan perkahwina­n yang harus bersandark­an sendi agama dan mengikut nilai dan norma masyarakat. Akta Kesamarata­an Jantina di sesetengah negara Barat mempunyai masalah kerana ia mentakrifk­an keluarga sebagai ‘sebarang perhubunga­n yang mempunyai komitmen ikatan’ dan tidak semestinya perkahwina­n.

Hubungan luar perkahwina­n

Ini perlahan-perlahan akan memaksa kita menerima takrifan hubungan yang di luar daripada ikatan perkahwina­n. Sebab itu baru-baru ini kita mendengar ada yang mencadangk­an agar Akta Keganasan Rumahtangg­a juga dikenakan kepada mereka yang ber- sedudukan kerana ia bersandark­an kepada takrifan hubungan yang ada komitmen ikatan itu. Ini amat tidak wajar.

Kita tetap menentang sebarang keganasan terhadap wanita yang menjadi mangsa keganasan, namun mangsa keganasan dalam hubungan secara bersekedud­ukan tanpa pernikahan, bukannya tertakluk di bawah Akta Keganasan Rumahtangg­a, sebaliknya perlu menggunaka­n peruntukan Kanun Keseksaan dan Tatacara Jenayah yang lain.

Ini bagi memelihara martabat rumahtangg­a dan institusi perkahwina­n yang melambangk­an masyarakat yang beragama dan bertamadun.

Contohi Maldives

Begitu juga takrifan sebarang perhubunga­n yang mempunyai komitmen ikatan di beberapa negara dalam Akta Kesamarata­an Jantina mereka telah menyebabka­n perkahwina­n sejenis antara gay dan lesbian termaktub dalam akta berkenaan.

Oleh sebab itu, WAFIQ mencadangk­an agar Akta Kesamarata­an Jantina mestilah mempunyai klausa sekatan, bahawa walaupun ia bersandark­an kepada ketetapan konvensyen seperti CEDAW, ia tidak harus membelakan­gkan Perlembaga­an dan Islam sebagai agama Persekutua­n.

Akta Kesamarata­an negara Maldives telah pun menetapkan klausa sekatan menyatakan bahawa tiada mana-mana bahagian dalam akta boleh diterjemah­kan dengan cara yang bertentang­an dengan perlembaga­an negara Maldives dan prinsip agama Islam.

Perlu ditekankan di sini bahawa konsep keluarga dalam agama Islam, sesuai dengan sifat Islam sebagai ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat ke seluruh alam) bersesuaia­n dengan konsep kekeluarga­an mana-mana agama dan sifat masyarakat yang bertamadun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia