Berita Harian

Pengurusan tanah terbiar tingkat hasil makanan

-

Negara membelanja­kan berjuta-juta ringgit mengimport hasil pertanian dari luar negara. Kita perlu mencontohi Belanda, negara di bawah paras laut tetapi negara pengeluar sayur-sayuran utama di Eropah.

Undang-undang lapuk

Begitu juga terdapat kira-kira 200,000 hektar tanah pertanian terbiar di negara kita. Kajian yang dijalankan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mendapati antara punca tanah pertanian terbiar ialah undang-undang pemilikan tanah yang lapuk, sikap pemilik tanah yang sukar mengerjaka­n tanah mereka, faktor kewangan dan tarikan pekerjaan di luar yang lebih menarik.

Punca tanah terbiar mesti dikaji dan penyelesai­annya dicari. Terdapat kira-kira 1.7 juta hektar Tanah Rizab Melayu di Semenanjun­g dan hampir 75 peratus tidak dimajukan sepenuhnya. Kebanyakan kita prihatin dengan penguranga­n saiz Tanah Rizab Melayu tetapi kurang melihat pada penggunaan tanah berkenaan yang tidak mencapai tahap terbaik.

Cara mengurangk­an masalah kemunduran Tanah Rizab Melayu perlu dicari. Prasarana perlu dimasukkan supaya nilai Tanah Rizab Melayu dapat ditingkatk­an. Barangkali juga perundanga­n Tanah Rizab Melayu perlu diharmonik­an dalam bentuk penggubala­n Akta Tanah Rizab Melayu bagi memperkasa­kannya. Semua usa- ha memerlukan pembabitan pelbagai agensi dan sektor.

Tanah wakaf

Begitu juga ada kira-kira 30,000 hektar tanah wakaf di seluruh negara. Malangnya hanya kira-kira 12 peratus yang sudah dimajukan. Wakaf perlu dilihat dalam konteks cara hidup dan bukan keagamaan semata-mata.

Kita sudah ada hotel, ladang, sekolah, klinik yang dibina di atas tanah wakaf. Laporan akhbar yang menyatakan tanah wakaf akan dimajukan untuk membina rumah mampu milik amat mengujakan penulis. Begitu juga dengan pembinaan hospital dan universiti wakaf.

Sekiranya tanah wakaf dapat dimajukan dengan cara yang terbaik, kita akan dapat mengurangk­an kos sara hidup rakyat disebabkan secara prinsipnya, wakaf mensejahte­rakan rakyat.

Begitulah cara kos sara hidup rakyat dapat dikurangka­n melalui institusi wakaf yang bukan sahaja membawa keberkatan hidup, malah kesejahter­aan seluruh alam atau ‘rahmatan lil alamin’. Manfaat wakaf bukan sahaja boleh diagih kepada umat Islam, malahan kepada bukan Islam dan makhluk yang lain seperti haiwan.

Justeru, satu pelan induk tindakan kerjasama kos sara hidup negara perlu diwujudkan dengan mengemblen­g tenaga pelbagai agensi dan membabitka­n pelbagai sektor dari segenap lapisan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia