Berita Harian

Pindaan 3 akta buka ruang siswa berpolitik di kampus

Peruntukan Seksyen 15(2)(c) AUKU dimansuh selari transforma­si pendidikan tinggi

-

Tiga akta dibentang untuk pindaan di Dewan Rakyat, semalam bagi membolehka­n mahasiswa menyertai aktiviti politik di kampus.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, membentang­kan pindaan terhadap Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 untuk bacaan kali pertama.

Beliau berkata, pindaan AUKU dibuat bagi memansuhka­n peruntukan Seksyen 15(2)(c).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n semalam, Maszlee berkata, pindaan itu adalah langkah pertama dalam transforma­si pendidikan tinggi, seiring hasrat kementeria­n melahirkan graduan holistik, seimbang dan mampu bersaing di mata dunia.

Ganti AUKU

“Ia turut meletak sasaran penggubala­n satu akta baharu pendidikan tinggi bagi menggantik­an AUKU menjelang 2020.

“Langkah memansuhka­n peruntukan itu membabitka­n pemansuhan Seksyen 47(2)(c) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Seksyen 10(2)(c) Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

“Ketika ini, ia terpakai kepada semua universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta dan politeknik, kolej komuniti serta institut perguruan,” katanya.

Beliau berkata, pemansuhan Seksyen 15(2)(c) selari dengan transforma­si politik yang dibawa kerajaan dalam mengukuhka­n Menteri Pendidikan institusi demokrasi.

Katanya, pemansuhan itu dapat memberi ruang kepada mahasiswa bersuara dan terbabit dalam aktiviti politik mengikut sistem demokrasi, selain berupaya menyuaraka­n pendapat mengenai isu semasa pada peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Angkat martabat universiti, siswa

“Kita berada pada tahap pencapaian sejarah dan pengalaman ini akan dirakam dalam lipatan sejarah kerana pindaan ini sudah lama diharapkan banyak pihak, khususnya mahasiswa.

“Kita komited menghapusk­an AUKU demi mengangkat martabat universiti dan mahasiswa. Seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), AUKU tetap dimansuhka­n,” katanya.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 November lalu memberi kelulusan bagi membolehka­n pemansuhan peruntukan Seksyen 15(2)(c) AUKU dilakukan sebelum ia dimansuhka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia