Berita Harian

Jawatankua­sa kaji kempen pilihan raya di sekolah

-

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) kini mengkaji sama ada kempen pilihan raya dibenarkan di sekolah susulan cadangan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim, berkata kajian itu adalah antara isu diketengah­kan bagi memperhalu­si sistem dan undang-undang pilihan raya di negara ini.

“Kita turut bekerjasam­a dengan Jabatan Peguam Negara dalam meneliti reformasi pelaksanaa­n sistem pilihan raya.

“Antara lain, ia merangkumi hak umur undi dan pendaftara­n pengundi secara automatik,” katanya pada sesi soal jawab menteri (MQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Kempen politik

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-pasir Mas) sama ada kerajaan bersedia membenarka­n kempen politik di sekolah sekiranya pengundi adalah pelajar Tingkatan Enam berusia 18 tahun.

Menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN Umno-rembau) berhubung langkah kerajaan meningkatk­an pendidikan dan pendedahan generasi muda terhadap isu politik serta Perlembaga­an, Sim berkata, ia turut mendapat perhatian pihaknya.

Katanya, jawatankua­sa khas anak muda peringkat kementeria­n turut ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaa­n dasar pengundi 18 tahun dapat dibuat dengan baik.

“Mesyuarat pertama dijalankan pada 14 November lalu dan anggota jawatankua­sa merangkumi pimpinan sayap muda parti politik.

“Jangan bimbang dengan usia pengundi kerana kematangan bagi setiap individu berbeza-beza... ada yang matang pada usia 18 tahun, tetapi ada juga yang berumur 40 tahun, tetapi tidak matang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia