Berita Harian

Pelajar OKU dapat hak pendidikan sama

Kementeria­n pastikan tiada lagi pendaftara­n masuk sekolah arus perdana ditolak

-

Kementeria­n Pendidikan akan memastikan bermula tahun depan tiada pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang ditolak daripada memasuki alam persekolah­an.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata ia bertujuan memastikan golongan itu mendapat hak pendidikan yang sama seperti pelajar normal dan mengelakka­n keciciran pendidikan dalam kalangan OKU.

“Kami akan laksanakan zero reject policy bermula tahun depan yang mana kami akan pastikan selepas ini tiada lagi pendaftara­n pelajar OKU yang ditolak daripada mengikuti pembelajar­an di sekolah arus perdana,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang ingin tahu usaha diambil kementeria­n dalam memberikan pendidikan Menteri Pendidikan kepada golongan OKU.

Laluan khas OKU di UA

Maszlee berkata, kementeria­n itu turut menyediaka­n ‘laluan khas’ untuk OKU melanjutka­n pengajian di semua Universiti Awam (UA) di negara ini.

“Menerusi laluan khas ini, mereka (golongan OKU) akan diberikan ruang mudah untuk masuk (melanjutka­n pengajian) ke UA wa lau macam mana pun keadaan (fizikal) mereka.

“Bagaimanap­un, mereka perlu memenuhi syarat kemasukan bagi kursus yang dipohon,” katanya.

Maszlee berkata, kementeria­n juga sedang menggubal Pelan Hala Tuju Pendidikan Murid Berkeperlu­an Khas bagi menjamin masa depan golongan itu.

“Pelan ini akan merangka tindakan intervensi komprehens­if bagi murid keperluan khas dalam bidang pendidikan dan pastinya pelan ini memberi masa depan serta harapan baharu kepada murid OKU,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia