Berita Harian

Tak perlu heret masjid dalam kancah politik

-

Kuala Lumpur: Institusi masjid tidak perlu dijadikan platform untuk menyampaik­an hasrat politik kepartian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata langkah itu bukan untuk memisahkan agama daripada politik kerana Islam atau apa juga agama sekalipun perlu diutamakan berbanding politik.

“Seperti mengajak orang hadir ke perhimpuna­n ICERD, contohnya, ia adalah sesuatu yang political.

Elak jadi platflorm bawa idea politik

“Tidak boleh kita jadikan masjid sebagai platform untuk bawa idea politik yang lebih kepada kepartian, bukan politik yang menyentuh dasar dan sebagainya,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, di sini, semalam.

Menjawab soalan tambahan Senator Muhamad Mustafa sama ada kerajaan bersedia menjadikan masjid sebagai institusi terbuka, Mujahid berkata, sekiranya pihak pengurusan masjid menjadikan rumah ibadah itu sebagai platform politik kepartian, ia tidak membina ke arah masyarakat yang dihasratka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita berharap masjid betul-betul bebas dan menjalanka­n peranannya dan tidak digunakan pihak tertentu untuk menyerang orang lain di atas mimbar, dan membawa perkara fitnah,” katanya.

Beliau turut berharap semua pihak bekerjasam­a bagi menjadikan institusi masjid sebuah institusi yang hebat dan pusat kecemerlan­gan.

 ??  ?? Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia