Berita Harian

Empat lelaki mengaku tak bersalah merusuh

Tertuduh turut didakwa miliki peralatan boleh diguna jadi senjata

-

Petaling Jaya

E24 dan Rozaihan Jamaludin, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Majistret Nor Ariffin Hisham. Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa bersama-sama dengan beberapa orang lagi yang masih bebas, didapati berada dalam rusuhan dan ketika rusuhan itu, semua tertuduh memiliki parang, kapak, pisau dan kayu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kuil berkenaan di antara jam 2 pagi dan 5 pagi, 26 November lalu.

Dakwaan kes terhadap mereka dikemukaka­n mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Tertuduh boleh diikat jamin

Mahkamah membenarka­n semua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampira­n dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan 17 Januari 2019 untuk sebutan semula kes itu.

Difahamkan, seorang lagi individu yang sepatutnya dituduh mengikut seksyen sama kini berada di hospital kerana sedang mendapatka­n rawatan.

Sementara itu, seorang lelaki, T Thinekaran, 34 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap Datuk K Tanggeswar­an, 23, dengan cara menumbuk mangsa di bahagian kening sebelah kiri di tepi jalan Lebuhraya Damansarap­uchong, USJ, di sini, jam 4.30 petang pada tarikh sama.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan kes diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim Hamid@soib.

Dalam kejadian awal pagi pada 26 November itu, 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin pusat beli-belah One City turut dipecah dan dirosakkan.

Akibat kejadian itu, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, cedera parah dan kini menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia