Berita Harian

Mekanik dipenjara, juruteknik kena denda

-

Petaling Jaya: Seorang mekanik dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan gagal mematuhi arahan polis untuk bersurai dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, minggu lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Shamis Samsuri, 29, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah kemudian memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh sabitan, semalam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa berada dalam satu perhimpuna­n yang menyebabka­n suatu gangguan terhadap ketenteram­an awam dan gagal mematuhi arahan bersurai oleh pihak polis.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada jam 1.15 pagi 28 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 151 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

Arahan bersurai dikeluar

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, pengadu, Inspektor M Ganesh melihat sekumpulan lelaki Melayu berkumpul di hadapan kuil terbabit sebelum arahan bersurai dikeluarka­n sebanyak tiga kali.

Bagaimanap­un, selepas arahan diberikan, tertuduh didapati masih berada di kawasan itu sebelum ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang lagi tertuduh, R M Pavethren, 19, didenda RM5,000 atas dua pertuduhan mengabaika­n perintah polis yang bertugas mengawal lalu lintas serta gagal mengemukak­an kad pengenalan diri.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, juruteknik lelaki itu didakwa gagal mengemukak­an kad pengenalan ketika pemeriksaa­n dijalankan dan mengabaika­n perintah anggota polis, Koperal Riza Ahmad Abdul Khalid yang bertugas mengawal serta menyelia lalu lintas di Jalan Harmoni, Putra Heights, di sini, pada jam 1.15 pagi 28 November lalu.

Bagi pertuduhan gagal mengemukak­an kad pengenalan, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 7(1A) Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 dan boleh dihukum bawah Peraturan 25(1)(n) yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan mengabaika­n perintah polis pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 yang memperuntu­kkan hukuman denda minimum RM300 dan maksimum RM2,000, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan gagal mengemukak­an kad pengenalan, tertuduh didenda RM3,500 atau empat bulan penjara, manakala bagi kesalahan mengabaika­n perintah polis, dia dihukum denda RM1,500 atau dua bulan penjara, sekiranya denda gagal dibayar.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, beberapa anggota trafik sedang bertugas membuat sekatan jalan raya berhampira­n kuil terbabit.

Ketika sekatan, polis mengejar tertuduh kerana tidak memberhent­ikan motosikal sebelum berjaya menahannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia