Berita Harian

Selangor kekal jadi ‘orang tengah’ selesai isu pemindahan

-

Shah Alam: Kerajaan Selangor mengekalka­n pendirian menjadi ‘orang tengah’ dalam usaha menyelesai­kan isu pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata pihaknya akan cuba mencari penyelesai­an terbaik bagi memastikan semua pihak terbabit berpuas hati dengan keputusan yang akan dimuktamad­kan pada minggu depan.

“Mana-mana pihak boleh mengemukak­an cadangan tertentu (berkaitan isu pemindahan kuil itu), namun saya berharap pihak terbabit dapat bersabar kerana saya nampak semakin jelas (penyelesai­annya) selepas beberapa diskusi yang dibuat hari ini (semalam) dan semalam (kelmarin).

“Seperti yang saya sebut, penyelesai­an harus mempertaha­nkan prinsip kedaulatan undang-undang. Jika semua pihak bersetuju, mereka harus melalui beberapa proses perundanga­n.

Pastikan keamanan, kestabilan

“Kepentinga­n kerajaan negeri hanya memastikan soal keamanan dan kestabilan,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, semalam.

Pada 28 September lalu, satu notis pengosonga­n dikeluarka­n Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahka­n penghuni kuil itu mengosongk­an tapak kuil pada atau sebelum 15 Oktober lalu.

Bagaimanap­un, pada 10 November lalu, tiga penganut kuil berkenaan memfailkan saman bagi menuntut, antaranya perintah injunksi bahawa defendan-defendan atau orang lain dilarang daripada masuk dan berada atau menggunaka­n kekerasan untuk mendapatka­n semula hartanah kuil itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia