Berita Harian

‘PDRM ada maklumat dalang rusuhan hari kedua’

Individu disyaki akan diambil tindakan segera: Muhyiddin

- Oleh Fazrik Kamarudin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah ada maklumat berhubung dalang rusuhan hari kedua di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 27 November lalu, yang menyaksika­n seorang anggota bomba cedera parah.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata justeru, PDRM akan mengambil tindakan segera berdasarka­n maklumat itu.

“Polis sudah ada maklumat, dan mereka yang disyaki sudah serta akan diambil tindakan. Laporan terkini saya terima ialah semakin ramai ditahan dan direman.

Orang ramai turut bantu

“Kita juga mendapat kerjasama daripada orang ramai untuk membantu siasatan kes Muhammad Adib (anggota bomba, Menteri Dalam Negeri Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang cedera parah dalam kejadian itu). Kita dimaklumka­n seorang sudah tampil ke depan.

“Kita akan terus menyiasat sehingga jelas terbukti siapa yang bersalah,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan Kementeria­n Dalam Negeri bersama PDRM di Bukit Aman, di sini, semalam.

Mengulas senarai 28 individu diminta tampil membantu siasatan polis pula, Muhyiddin berkata setakat petang semalam, masih belum ada yang menyerah diri.

Ketika ditanya mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dipanggil memberi keterangan kepada polis semalam, beliau berkata, ia mungkin berkaitan kenyataan yang dibuat berhubung insiden di kuil.

“Polis memaklumka­n siasatan akan dibuat mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia