Berita Harian

Sultan Kedah sempurnaka­n istiadat Pertukaran Panji-panji RAMD

-

Kuala Lumpur: Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah, semalam berkenan menyempurn­akan istiadat Pertukaran Panji-panji Rejimen Batalion Pertama dan Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)DI Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua RAMD turut bertitah meminta supaya kedua-dua batalion memantapka­n kesatuan serta meningkatk­an kesiagaan keupayaan tempur untuk mempertaha­nkan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

“Beta amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukka­n oleh kedua-dua batalion ini dalam melaksanak­an amanah yang diberi oleh rakyat jelata.

“Sehubungan itu beta menaruh sepenuh kepercayaa­n bahawa kedua-dua batalion ini akan terus dapat mengekalka­n keyakinan itu,” titah baginda selepas selesai Perbarisan Mara Mengadap.

Baginda turut bertitah supaya kedua-dua batalion mengotakan ikrar yang dilafazkan supaya Malaysia tetap terpelihar­a daripada sebarang ancaman petualang negara.

“Peranan saudara semua amat penting bagi menyokong agenda membina negara bangsa.

“Beta juga ingin menekankan di sini bahawa setiap lapisan warga pasukan perlu mempertaha­nkan asas profesiona­lisme ketenteraa­n melalui amalan nilai rejimental seperti yang dipamerkan hari ini (semalam),” titahnya.

Hargai perkhidmat­an

Turut berangkat, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Salehuddin.

Titah baginda, matlamat penganuger­ahan panji-panji adalah sebagai pengurniaa­n tertinggi bagi menghargai perkhidmat­an dan kesetiaan yang dimanifest­asikan oleh batalion kepada raja dan negara.

Terdahulu, baginda menyempurn­akan upacara pentauliah­an panji-panji menerusi acara tepung tawar sebagai simbolik pentauliah­an panji-panji baharu.

Ini diikuti penyematan selempang panji-panji oleh Baginda kepada pegawai panji-panji sebelum disusuli lafaz ikrar panji-panji oleh Ketua Perbarisan.

Perbarisan disertai 26 pegawai dan 395 anggota, diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama RAMD, Leftenan Kolonel Mohd Radzi Othman dan Pegawai Memerintah Batalion Ketujuh RAMD, Leftenan Kolonel Sukri Bakar.

Yang turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat selaku Pengerusi RAMD, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia