Berita Harian

Barangan keperluan harian popular tak dinaikkan harga

KPDNHEP bincang dengan pasar raya untuk persiapan subsidi bersasar petrol RON95

- Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang berbincang dengan pasar raya besar supaya tidak menaikkan harga bagi 40 hingga 50 barangan keperluan harian popular yang dibeli oleh pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perbincang­an itu dilakukan sebagai persiapan apabila program subsidi bersasar petrol RON95 kepada kumpulan berpendapa­tan rendah (B40), dilaksanak­an mulai suku kedua tahun depan.

Perbelanja­an meningkat

Beliau berkata, apabila program subsidi itu dilaksanak­an nanti, beliau menjangkak­an perbelanja­an bagi kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus pertengaha­n (M40) dan kumpulan isi rumah berpendapa­tan 20 peratus (T20) akan meningkat kerana mereka tidak lagi menikmati subsidi bahan api.

“Keadaan itu akan menyebabka­n Indeks Harga Pengguna (IHP) dan inflasi barang makanan meningkat, sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga barang yang akan ditanggung oleh semua kumpulan isi rumah, termasuk B40.

“Justeru, kementeria­n mengambil persiapan awal dengan berjumpa dan berbincang dengan pasar raya besar di negara ini untuk memastikan barangan keperluan harian popular itu tidak dinaikkan.

“Kita tidak akan jadikan perkara itu sebagai satu dasar tapi kementeria­n ada kuasa untuk mengawal mereka,” katanya ketika ditemui pada Bicara Makan Tengah Hari, ‘Media dan Kepengguna­an: Perspektif Negara bersama editor dan pengamal media, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, Datuk Dr Chamil Wariya.

Hadir sama, Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Pengarang Eksekutif Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein.

Katanya, buat masa ini, kluster makanan menjadi penyumbang terbesar iaitu mencecah 30 peratus perbelanja­an kos sara hidup rakyat, manakala selebihnya disumbang oleh segmen pengangkut­an, utiliti, perumahan dan pendidikan.

Saifuddin berkata, pihaknya mengambil keputusan berbincang dengan pasar aya besar kerana mereka menguasai 65 peratus pasaran runcit di negara ini, malah pengguna lebih cenderung mendapatka­n barangan keperluan di pasar raya besar.

Beliau berkata, pihaknya mendapati terdapat antara 40 hingga 50 barangan keperluan harian yang dibeli oleh pengguna, termasuk mi segera, roti, minyak masak, minuman coklat, lampin pakai buang, sosej dan tepung.

Selain itu, Saifuddin berkata, pihaknya turut dipertangg­ungjawabka­n melaksanak­an dasar kerajaan subsidi bersasar petrol RON95 kepada pemilik kereta berkapasit­i enjin 1,500cc dan motorsikal berkapasit­i enjin 125cc sebanyak 30 sen seliter.

 ??  ?? Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia