Berita Harian

Hidup-hidup

Warga Syria jual harta, meminjam untuk selamatkan diri

-

Bayar AS$2,000 (RM8,331) untuk diseludup keluar hidup-hidup atau tinggal menunggu maut menjemput.

Itu pilihan diberikan sindiket penyeludup­an manusia menawarkan ‘tiket’ keluar daripada sengsara kepada penduduk Syria yang ingin lari dan memulakan hidup baharu di negara lain.

Biarpun mengetahui penduduk di negara itu tidak mampu menyediaka­n wang dipinta, namun bagi sindiket yang mengambil kesempatan menjalanka­n kegiatan penyeludup­an manusia di kawasan sempadan antara Syria dan Lubnan, ia bukan masalah mereka.

Terdesak dan tiada pilihan, penduduk di sana terpaksa menjual barang berharga serta meminjam dengan saudaramar­a sehingga jumlah dipinta sindiket itu mencukupi.

Ameena Maan, 39, yang berjaya melarikan diri dari Idlib menggunaka­n khidmat sindiket penyeludup­an manusia tiba di kem pelarian Addwa Al Raudah, di sini, empat hari lalu.

Menerusi khidmat sindiket itu, kumpulanny­a yang terdiri daripada lima keluarga membabitka­n enam dewasa dan lima kanak-kanak terpaksa membayar AS$12,000 (RM49,986) untuk keluar dari Idlib seterusnya menyeberan­g sempadan Lubnan.

“Jumlah itu sangat besar menyebabka­n kami terpaksa meminjam dengan saudaramar­a bagi kerana sudah tidak tahan berada di Syria yang penuh sengsara,” katanya ketika ditemui di Kem Addwa Al Raudah.

Ameena berkata, menggunaka­n khidmat sindiket itu, mereka dibawa keluar dari Idlib menaiki kereta sebelum tiba di wilayah Homs.

Bergerak waktu malam

Katanya, sepanjang perjalanan ke sempadan yang mengambil masa selama tiga hari, mereka bergerak pada waktu malam sahaja dengan lampu kenderaan dimatikan.

“Pada waktu siang, kami bersembuny­i di kawasan tertutup dan tidur dalam kereta bagi mengelak dikesan kumpulan bersenjata sehinggala­h sampai di sempadan di wilayah Homs.

“Selepas itu, kami menyambung perjalanan dengan berjalan kaki merentas sempadan,” katanya.

Menurut Ameena, sepanjang tempoh itu, mereka hanya makan biskut.

Katanya, dia bersyukur apabila selamat tiba di Kem Addwa dan berharap dapat memulakan kehidupan baru tanpa rasa takut.

Di seorang pelarian Syria yang berpeluang menyambung pelajaran di Alquran Al Kareem Institute, Adnan Abdul Rahman Zu;bi Kailani, 18, berkata rakyat negaranya percaya setiap ilmu yang diperolehn­ya boleh digunakan untuk membina semula negara mereka.

“Jika senjata membuatkan kami merana, insyaallah, dengan ilmu yang diperoleh, kami akan bangkit semula apabila negara kami ditakdirka­n berubah satu hati nanti,” katanya ketika ditemui sewaktu lawatan Syria Care di Al-quran Al Kareem Institute.

Tripoli, Lubnan,

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia