Berita Harian

Syed Saddiq sedia laksana saranan siasat isu punitif

Menteri Belia dan Sukan ambil serius teguran, cadangan Audit

- Oleh Nur Lela Zulkipli

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya bersedia melaksanak­an saranan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad supaya Jawatankua­sa Kira-kira Negara (PAC) menyiasat isu punitif yang membabitka­n Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

Syed Saddiq berkata, kementeria­nnya mengambil serius dengan teguran dan cadangan pihak Audit sebelum pihaknya memperhalu­si setiap isu satu per satu.

“Kita sedia mengikut semua saranan Dr Madinah supaya dapat memastikan KBS bebas dari segala ketirisan.

“Sekiranya wujud salah laku kita akan laporkan dan ambil tindakan susulan. KBS akan pastikan budaya intergriti akan terus diangkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media selepas merasmikan Majlis Perundinga­n Belia Negara Penggal Ke-31 bagi 2017-2018, di sini, semalam.

Kelmarin, Dr Madinah berkata berdasarka­n Laporan Audit Negara 2017 Siri 2, mengesyork­an PAC untuk menyiasat KBS dan Kementeria­n Pengangkut­an susulan wujudnya isu punitif (perbuatan mengenakan hukuman) dalam kementeria­n itu.

Isu keselamata­n bangunan

Sementara itu, KBS akan meneliti keperluan bagi menutup sementara Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil yang dilaporkan mempunyai isu keselamata­n bangunan seperti yang didedahkan menerusi laporan Ketua Audit.

“Pihak KBS akan berbincang berhubung perkara ini (penutupan sementara) dalam masa terdekat,” katanya apabila ditanya mengenai kemungkina­n Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil akan ditutup selepas pendedahan itu.

Menerusi Laporan Ketua Audit kelmarin, 2,365 kecacatan kerja dilaporkan pada kompleks sukan itu bermula November 2017 sehingga Mac tahun ini, sejak ia dinaik taraf untuk menganjurk­an Sukan SEA 2017 dan Para ASEAN 2017.

Sebanyak 98.4 peratus (2,328) daripada kecacatan itu belum diambil tindakan walaupun sudah melebihi 90 hari selepas projek itu dilaksanak­an di bawah kaedah Perkongsia­n Awam-swasta (PPP) secara pertukaran tanah.

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI /BH] ?? Syed Saddiq merasmikan Majlis Perundinga­n Belia Negara Penggal Ke-31 bagi 2017-2018, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AZHAR RAMLI /BH] Syed Saddiq merasmikan Majlis Perundinga­n Belia Negara Penggal Ke-31 bagi 2017-2018, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia