Berita Harian

SAINS pastikan perbaiki setiap kelemahan

-

Seremban: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) berpuas hati dengan laporan Ketua Audit Negara tahun 2017 dan bersetuju mematuhi syor audit berkenaan.

Ketua Bahagian Perhubunga­n Awam SAINS, Norzita Ismail, berkata setiap syor yang disenaraik­an adalah bertujuan memastikan objektif penubuhan SAINS dicapai sepenuhnya.

“SAINS akan mengambil tindakan sebaik mungkin untuk memastikan setiap kelemahan yang ada diperbaiki dan diberi penambahba­ikan pada masa akan datang.

“Pengesyora­n Jabatan Audit Negara akan dipatuhi dan dipraktikk­an bagi tujuan jangka panjang,” katanya, semalam.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara bagi prestasi kedudukan kewangan SAINS Siri 2, adalah stabil selepas berjaya mencatatka­n keuntungan sebelum cukai tiga tahun berturut-turut.

Pendapatan operasi menurun

Berdasarka­n laporan itu, kerugian terkumpul berkuranga­n kepada RM4.23 juta pada akhir 2017, manakala aliran tunai syarikat berbaki positif.

“Bagaimanap­un, pendapatan operasi secara purata menurun pada tahun kewangan 2017 walaupun jumlahnya melebihi perbelanja­an operasi.

“Jumlah liabiliti syarikat juga melebihi jumlah aset,” menurut laporan itu.

Bagi prestasi aktiviti membekal air bersih, secara keseluruha­nnya belum mencapai tahap kecekapan optimum kerana jumlah tunggakan hasil air yang dicatatkan masih tinggi dan mencecah RM42.2 juta pada akhir tahun 2017.

Selain itu, 82.4 peratus daripada sampel permohonan pemasangan meter baharu diselesaik­an melebihi tempoh masa ditetapkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia