Berita Harian

Amalan tadbir urus dua CLBG kurang memuaskan

-

Kuala Lumpur: Amalan tadbir urus dua Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) di bawah Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi secara keseluruha­nnya didapati kurang memuaskan serta ada pelbagai keperluan untuk penambahba­ikan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri Kedua, dua institusi yang menjadi tumpuan ialah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), iaitu syarikat subsidiari milikan penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) yang juga CLBG di bawah Kementeria­n Kewangan, dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) di bawah Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi.

Berdasarka­n laporan terbabit, pencapaian hasil Skim PROSPER Runcit PUNB bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Satu dan Tiga tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, manakala hanya 63.1 peratus lantai premis berjaya disewakan selain tugas Pengerusi tidak dinyatakan dengan jelas dan komposisi Lembaga Pengarah PUNB tidak mencapai 50 peratus berstatus bebas.

Laporan itu turut mendapati, perolehan buku berjumlah RM400,000 dibuat daripada syarikat di mana pemiliknya mempunyai hubungan kekeluarga­an dengan salah seorang ahli Lembaga Pengarah PUNB.

Selain itu, pembiayaan juga diberi kepada dua syarikat masingmasi­ng berjumlah RM300,000 dan RM4 juta yang mana dua ahli Lembaga Pengarah PUNB tidak mengisytih­arkan kepentinga­n dalam dua syarikat terbabit.

Katanya, bagi memantapka­n keupayaan tadbir urus serta meningkatk­an pencapaian, Lembaga Pengarah dan pengurusan PUNB disyorkan mengambil langkah proaktif menerusi penekanan pemantauan dan bimbingan secara berterusan kepada usahawan untuk mencapai hasil yang ditetapkan.

Pelan pemasaran lebih efektif

“PUNB perlu memastikan premis disewakan secara optimum dengan pelan pemasaran yang lebih efektif bagi menarik lebih ramai usahawan Bumiputera menyewa premis bagi membolehka­n perniagaan mereka dijalankan di lokasi yang strategi dan memantau penggunaan­nya.

“PUNB juga perlu memastikan amalan tadbir urus dipertingk­atkan antaranya dalam aspek komposisi Lembaga Pengarah, komposisi jawatankua­sa di bawah Lembaga Pengarah dan menyediaka­n Piagam Lembaga Pengarah,” katanya.

Bagi YPPB, pengeluara­n ‘Letter of Demand’ kepada peserta melanggar kontrak yang didapati mengambil masa selama 18 hingga 38 bulan sekali gus mengakibat­kan RM2.01 juta penghutang pembiayaan masih belum dikutip sehingga Julai lalu.

Laporan berkenaan turut mendapati YPPB tidak menubuhkan Lembaga Tender bagi pelantikan rakan program dan rakan strategik, manakala prosedur operasi standard (SOP) khusus turut tidak disediakan untuk pelantikan rakan strategik.

“YPPB perlu menimbangk­an industri lain yang memerlukan pekerja mahir dan tidak hanya bergantung kepada industri minyak atau gas, selain mengkaji semula pemilihan rakan program, terutama bagi program Peneraju Tunas Geliga bagi memastikan pencapaian hasil program dapat dicapai,” katanya.penubuhan YPPB adalah inisiatif di bawah Hala Tuju Transforma­si Ekonomi Bumiputera yang dilancarka­n oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) bertujuan untuk mengukuhka­n pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.

YPPB menerima sejumlah RM468.13 juta geran mengurus daripada JPM dan pembanguna­n daripada EPU menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan RMK11 bagi tujuan operasi dan pengurusan program pendidikan.

Sehingga 31 Disember 2017, YPPB mengendali­kan 204 program intervensi membabitka­n peserta seramai 20,082 orang dengan peruntukan RM419.54 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia