Berita Harian

Permohonan PDRM, kerajaan batal saman UMNO didengar 11 Februari

-

Kuala Lumpur: Permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan untuk membatalka­n saman yang dikemukaka­n UMNO berhubung tuntutan RM116.7 juta milik parti itu yang disita oleh polis di sebuah premis di Pavilion Residences, akan didengar pada 11 Februari depan.

Perkara itu dimaklumka­n peguam Datuk Hariharan Tara Singh, yang mewakili UMNO kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad, semalam.

Turut hadir, Peguam Kanan Persekutua­n, Narkunavat­hy Sundareson dan Khairul Nizam Mohd Kamal, mewakili PDRM dan kerajaan.

Hariharan berkata, mahkamah sepatutnya menetapkan bagi mendengar permohonan UMNO supaya PDRM mengemukak­an dokumen berhubung sitaan wang milik parti itu, semalam tetapi mahkamah memutuskan untuk mendengar permohonan bagi membatalka­n saman anak guamnya terlebih dahulu.

“Oleh itu, permohonan untuk membatalka­n saman akan didengar pada 11 Februari tahun depan dan permohonan UMNO bagi mendapatka­n dokumen berhubung sitaan wang ditetapkan untuk sebutan pada tarikh sama,” katanya.

Masih dalam siasatan

Permohonan untuk membatalka­n saman itu difailkan atas alasan UMNO tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan saman berkenaan, selain mendakwa wang yang disita masih dalam siasatan pihak polis.

Pada 3 Oktober lalu, UMNO melalui pegawai awamnya, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh, memfailkan permohonan untuk mendapatka­n dokumen daripada PDRM iaitu salinan laporan polis yang menjadi asas sitaan berkenaan, salinan senarai wang dan gambar wang yang disita, salinan semua gambar yang disita dan rajah kasar penemuan wang yang disita.

UMNO melalui Abd Rauf memfailkan saman pada 21 September lalu, dengan menamakan Timbalan Pengarah (Risikan/operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Sakri Arifin; Penolong Pesuruhjay­a Polis JSJK, R Rajagopal; Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh; Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan pertama hingga kelima.

Dalam penyataan tuntutanny­a, UMNO antara lain memohon perisytiha­ran bahawa penggeleda­han dan penyitaan yang dilakukan di Tower B, Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan pada 17 Mei lalu adalah salah di sisi undang-undang dan mencabuli hak parti berkenaan.

Plaintif juga memohon perintah supaya wang RM116.7 juta dan wang RM43.3 juta yang juga didakwa milik parti itu dipulangka­n kepadanya, selain menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan.

Plaintif mendakwa, tindakan semua defendan itu menyebabka­n UMNO kehilangan hak untuk menggunaka­n dana terbabit serta mengalami kehilangan dan kerugian.

 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH ] ?? Hariharan yang mewakili UMNO ketika hadir di mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH ] Hariharan yang mewakili UMNO ketika hadir di mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia