Berita Harian

‘Krisis harga minyak rendah boleh berulang’

Kos operasi, perkhidmat­an naik jika harga bahan api di bawah AS$40 satu tong

- Oleh Nora Mahpar

Hibiscus Petroleum Bhd memberi bayangan bahawa industri minyak dan gas (O&G) dunia berkemungk­inan berdepan ‘waktu sukar’ sekali lagi seperti yang dialami ketika krisis 2014 jika harga komoditi itu merudum ke paras AS$40 satu tong.

Pengerusin­ya, Zainul Rahim Mohd Zain, berkata jika harga minyak global jatuh di bawah paras AS$40 satu tong, kos operasi dan perkhidmat­an turut meningkat yang mana syarikat perlu mengetatka­n pengeluara­n dan meminimumk­an kos bagi menggalakk­an kecekapan.

“Saya rasakan, industri O&G sudah belajar daripada krisis kejatuhan harga pada 2014 dan peserta industri tidak boleh mengambil mudah perkara ini.

“Namun, sudah semestinya kita mampu bertahan jika harga minyak di bawah paras AS$40 satu tong namun kita tidak mahu ia ke arah itu (menurun). Kita mempunyai pelbagai kos yang perlu ditanggung,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, ialah Pengarah Urusannya, Dr Kenneth Pereira.

Hibiscus Petroleum mencatatka­n keuntungan selepas cukai RM100 juta pada suku pertama tahun kewangan 2019 berakhir 30 September 2018, meningkat 827 peratus berbanding RM10.8 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Pendapatan kukuh dari dua aset utama

Zainul Rahim berkata, pendapatan yang kukuh itu disumbangk­an oleh hasil daripada dua aset utamanya di Kluster Anasuria di Laut Utara United Kingdom dan North Sabah Enhanced Oil Recovery Production Sharing Contract (North Sabah PSC).

Sementara itu, Pereira berkata, syarikat mengunjurk­an pengeluara­n bersih antara 10,000 hingga 12,000 tong sehari bagi kedua-dua aset utamanya menjelang akhir 2020.

Ketika ini, kumpulan berkenaan menghasilk­an sehingga 9,000 tong sehari bagi Kluster Anasuria dan North Sabah PSC.

Menyentuh mengenai perbelanja­an modal (capex), Pereira berkata, kumpulan memperuntu­kkan kira-kira RM200 juta bagi keduadua aset utamanya bagi tahun kewangan 2019.

Pembanguna­n RM124 juta

“Kami akan membelanja­kan kira-kira AS$30 juta (RM124 juta) untuk pembanguna­n di Anasuria, manakala kira-kira RM70 juta untuk North Sabah PSC,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, syarikat meletakkan paras ekonomi harga minyak global antara AS$50 satu tong hingga AS$55 satu tong dalam melaksanak­an aktiviti pelaburan bagi tahun kewangan 2019.

“Kami melakukan penilaian pelaburan pada paras AS$50-AS$55 satu tong. Kami hanya uji paras asas. Sebelum kami melabur, kami perlu meletakkan paras ekonomi kami,” katanya.

Setakat 30 September 2018, kumpulan berkenaan mempunyai baki tunai berjumlah RM302 juta dan beroperasi tanpa hutang.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH] ?? Zainul Rahim (dua dari kanan) dan Gerard Pereira (dua dari kiri) ketika sidang media Hibiscus Petroleum Berhad sempena Mesyuarat Agung Tahunan di Petaling Jaya, semalam.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH] Zainul Rahim (dua dari kanan) dan Gerard Pereira (dua dari kiri) ketika sidang media Hibiscus Petroleum Berhad sempena Mesyuarat Agung Tahunan di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia