Berita Harian

Firma Perancis minat projek selenggara Airbus di Johor

-

Sebuah syarikat aeroangkas­a di Perancis memberi maklum balas positif terhadap rancangan kerajaan negeri Johor untuk mewujudkan kemudahan penyelengg­araan pesawat Airbus di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Perdaganga­n Antarabang­sa dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata syarikat itu bercadang membuat lawatan kajian lapangan ke tapak pada tahun depan.

Tanpa mendedahka­n nama syarikat itu, katanya ini susulan mesyuarat antara kerajaan negeri dengan beberapa pengusaha industri aeroangkas­a bagi memungkink­an rancangan itu di Toulouse, Perancis pada awal bulan lalu melalui misi pelaburan yang dijayakan dengan kerjasama Dewan Perdaganga­n dan Industri Perancis (CCI France).

“Hasil mesyuarat, kerajaan negeri mendapat maklum balas positif daripada sebuah syarikat yang mengadakan perkhidmat­an penyelengg­araan pesawat Airbus bagi membangunk­an sebuah fasiliti untuk menampung keperluan dan pasaran di Asia Pasifik,” katanya pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Johor, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Chen Kah Eng (Ph-stulang) mengenai sektor pelaburan baharu yang akan diberikan penekanan dalam memastikan Johor terus menjadi negeri paling digemari pelabur.

Manfaat peluang

Wee Tse berkata, dengan mengambil kira kajian Frost and Sullivan yang menjangkak­an industri perkhidmat­an penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) penerbanga­n di rantau Asia Pasifik adalah bernilai hampir AS$23.14 bilion menjelang 2022, segala peluang dalam industri aeroangkas­a harus dimanfaatk­an.

Oleh itu, katanya kerajaan negeri akan terus mengembang­kan idea untuk meletakkan bidang aeroangkas­a sebagai keutamaan di samping untuk memperoleh sumber pelaburan yang berkualiti.

Pada masa sama, katanya pihaknya akan memberi penekanan kepada satu lagi sumber pertumbuha­n ekonomi baharu iaitu industri halal yang mempunyai nilai pasaran yang besar pada peringkat global.

“Saiz pasaran ini akan terus berkembang berdasarka­n peningkata­n kesedaran dan permintaan kepada produk dan perkhidmat­an halal daripada 1.8 bilion penduduk Islam dari seluruh dunia, terutama di Jepun, Asia Barat dan juga Eropah,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Kilang penyelengg­araan pesawat Airbus di Perancis.
[ FOTO HIASAN ] Kilang penyelengg­araan pesawat Airbus di Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia