Berita Harian

Sasar 26.4 juta pelancong luar negara

-

Malaysia menyasarka­n kirakira 26.4 juta pelancong luar negara berkunjung ke negara ini pada 2018, dipacu oleh segmen pelanconga­n yang kukuh, terutama untuk berlibur serta urusan perniagaan.

Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata industri pelanconga­n Malaysia sekarang dikuasai oleh kemasukan pelancong dari rantau ASEAN dan Eropah.

“Sehingga September 2018, jumlah pelancong luar negara yang datang ke Malaysia mencecah 19.4 juta. Kita melihat ada sambutan baik dari negara seperti China dan Singapura.

“Pertumbuha­n industri turut dipengaruh­i faktor lain seperti menziarah keluarga, mesyuarat, insentif, persidanga­n dan pameran serta membeli belah,” katanya selepas Forum Destinasi Pelanconga­n Dunia, di Kuala Lumpur, semalam.

Rashidi berkata, Kuala Lumpur dianggap sebagai satu daripada tempat membeli-belah terkenal dunia dan mampu menarik lebih ramai pelancong antarabang­sa ke negara ini.

“Berdasarka­n trend semasa, orang ramai akan memilih tawaran terbaik (tambang udara murah) yang diberikan pengendali penerbanga­n tambang murah (LCC).

Krisis geopolitik tak halang melancong

“Orang ramai menjadi lebih berani dan bersedia meneroka banyak perkara, walaupun berlaku krisis geopolitik global atau ketegangan perdaganga­n yang berlaku ketika ini.

“Ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China ketika ini tidak menghalang kunjungan pelancong kerana orang sukakan pengembara­an,” katanya.

Katanya, industri pelanconga­n mampu lebih berkembang dengan kehadiran LCC yang kukuh di rantau ini, berikutan peserta industri menawarkan harga tambang yang menarik.

“Orang ramai akan memilih LCC selagi mereka mampu menawarkan perkhidmat­an terbaik. Kehadiran pengendali penerbanga­n perkhidmat­an penuh (FSC) turut memacu pertumbuha­n sektor pelanconga­n negara, disokong oleh sambungan lebih meluas di bawah rangkaian laluan yang disediakan syarikat penerbanga­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia