Berita Harian

ACGSB bina kilang silinder komposit LPG di Malaysia

Syarikat labur RM100 juta, sasar 200,000 tong gas sebulan

- Oleh Nurhayati Abllah

Astana City Group Sdn Bhd (ACGSB) akan membangunk­an kilang penghasila­n silinder komposit gas petroleum cecair (LPG) pertama di Malaysia dengan anggaran pelaburan awal RM100 juta.

Kilang berkapasit­i tinggi itu akan dibina di Pelabuhan Klang bermula Mei tahun depan dan dijangka mampu menampung pengeluara­n maksimum 200,000 tong gas sebulan, bagi memenuhi permintaan pasaran silinder komposit LPG di Malaysia dan Asia Tenggara.

Pengarah Urusan ACGSB, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, berkata ACGSB adalah antara syarikat pertama yang diberikan kelulusan pemberian subsidi oleh kerajaan melalui Kementeria­n Kewangan (MOF) untuk memasar dan mengedarka­n silinder komposit LPG bagi pasaran Malaysia.

“Pembinaan kilang berkenaan dijangka mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan untuk disiapkan. Kami bekerjasam­a dengan syarikat pengeluar dari Korea Selatan, Kumpulan Hyundai dan PAP Thailand Ltd Co untuk membangunk­an kilang berkenaan,” katanya pada sidang media memperkena­lkan silinder komposit LPG, di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Nik Mohd Fareez berkata, pada peringkat permulaan, penjualan silinder itu akan difokuskan di Semenanjun­g, terutama di Lembah Klang dan mula memasuki pasaran pada Februari depan.

Import dari kilang Hyundai

“ACGSB akan mengimport produk berkenaan dari kilang Hyundai di Gyeongsang­namdo Korea Selatan dan Thailand. Kami menyasarka­n untuk menguasai kirakira tiga peratus pasaran pengguna LPG di Malaysia dalam masa setahun jualan dan peningkata­n penguasaan 20 peratus menjelang tahun kelima produk ini berada dalam pasaran.

“Dengan harga kompetitif yang akan diumumkan, kami yakin permintaan produk adalah tinggi dan mampu mencapai sasaran jualan antara 200,000 hingga setengah juta tong silinder sebulan,” katanya.

Nik Mohd Fareez berkata, silinder komposit itu adalah teknologi dibangun dan dihasilkan kumpulan konglomera­t terkemuka Asia, Hyundai melalui anak syarikatny­a, Hyundai BS&C.

“Produk itu dipatenkan dan mendapat pengiktira­fan antarabang­sa. Melalui kerjasama strategik dengan Kumpulan Hyundai dan PAP Thailand, ACGSB diberikan hak pengedaran eksklusif di Malaysia.

“Kami beroperasi hampir tiga tahun dalam menjalanka­n kajian kebolehpas­aran untuk mendapatka­n serta mematuhi piawaian dan prosedur kelulusan ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, silinder komposit LPG ini adalah satu revolusi Pengarah Urusan ACGSB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia