Berita Harian

Allianz Malaysia, Mitsui Sumitomo disenarai pendek

-

Allianz Malaysia Bhd dan Mitsui Sumitomo Insurance Co disenarai pendek untuk membida Amgeneral Insurance Bhd, dengan nilai syarikat insurans kenderaan itu mencecah AS$800 juta (RM3.32 bilion).

Menurut sumber, dua entiti berkenaan perlu mendapatka­n kelulusan daripada bank pusat Malaysia sebelum memulakan rundingan secara rasmi dengan pemilik Amgeneral.

Katanya, tiada kepastian sama ada rundingan itu akan dimuktamad­kan dengan urus niaga.

Syarikat senaraian awam Bursa Malaysia, AMMB Holdings Bhd memiliki 51 peratus kepentinga­n dalam Amgeneral, sementara Insurance Australia Group Ltd memegang baki ekuiti dalam syarikat berkenaan.

Perjanjian itu, termasuk bancainsur­ans yang memberikan hak dalam pengedaran produk insurans menerusi rangkaian cawangan AMMB, kata sumber yang enggan identitiny­a didedahkan.

Urus niaga itu dapat menyediaka­n pelan hala tuju kepada Prudential Plc dan Tokio Marine Holdings Inc, yang mana dijangka mengurangk­an peganganny­a dalam unit insurans berkenaan.

Kerajaan mahukan lebih banyak pelaburan tempatan dalam industri apabila Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Ogos lalu berkata syarikat insurans asing akan diberikan kelonggara­n dan tarikh akhir pematuhan secara berperingk­at.

Wakil Allianz Malaysia dan AMMB enggan mengulas lanjut.

Jurucakap Mitsui Sumitomo Insurance, iaitu unit MS&AD Insurance Group Holdings Inc yang disenaraik­an di Tokyo turut enggan mengulas.

Sementara itu, jurucakap IAG berkata, buat masa ini syarikat tidak memiliki butiran untuk didedahkan.

Amgeneral adalah syarikat insurans kenderaan kedua terbesar di Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 15 peratus, demikian menurut laman web syarikat berkenaan.

Ia berada di kedudukan kelima dalam pasaran insurans Am setakat separuh pertama tahun ini.

Syarikat itu memiliki lebih empat juga pemegang polisi dan rangkaian 7,000 ejen dan pengedar pemasaran produk di bawah jenama Amassuranc­e dan Kurnia.

Amgeneral menanggung jamin RM1.52 bilion premium kasar dan meraih perolehan berjumlah RM255.5 juta dalam pendapatan bersih bagi tahun kewangan berakhir Mac, demikian menurut laporan tahunan syarikat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia