Berita Harian

Acer Malaysia tampil 4 model komputer, monitor

-

Acer Sales & Services Sdn Bhd (Acer Malaysia) memperkena­lkan empat model dan varian baharu perantinya khusus untuk pengguna yang berada dalam persekitar­an profesiona­l dan perniagaan iaitu Acer Veriton Z, Acer Veriton N, siri Travelmate dan Chromebook Spin 13 inci.

Pengurus Besar Produk, Jualan dan Pemasarann­ya, Chan Weng Hong berkata, pasaran komersial dilihat sangat penting untuk jenama Acer kerana merangkumi lebih 40 peratus pendapatan global syarikat.

Menurutnya, jenama terbabit sentiasa menawarkan komputer peribadi, komputer riba dan monitor yang boleh membantu perniagaan untuk meningkatk­an produktivi­ti dan penambahan peranti baharu ke dalam siri popular sedia ada dapat mengembang­kan lagi tawaran Acer di pasaran.

“Dalam sektor Chromebook, kami menerajui pasaran melalui rangkaian rekaan luas dan reka bentuk menarik untuk memenuhi keperluan pelanggan yang kian berkembang,“katanya pada pelancaran media Acer Evolution Next di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Eksekutif Kanan Produk Acer Malaysia, Soo Yun Sin.

Prestasi lebih lancar, responsif

Weng Hong berkata, Acer Veriton Z4660G dibina sebagai peranti semua dalam satu untuk perniagaan, di mana ia dikuasakan oleh pemproses Intel Core i+ Generasi Kelapan yang dipadankan dengan teknologi Intel Optane untuk prestasi pengkomput­eran lebih lancar dan responsif.

Acer Veriton N4660G adalah komputer peribadi mini yang fleksibel, boleh diubah suai dan berkuasa untuk persekitar­an perniagaan dengan pemproses dan teknologi sama di samping ciri keselamata­n dan pengurusan binaan dalaman.

Menurutnya, Acer Travelmate X3310 pula sangat tahan lasak, mempunyai jangka hayat bateri yang panjang sehingga 15 jam dan reka bentuk mesra pengguna bersama pelbagai pilihan sambungan.

Cetus trend penawaran Chromebook gred perniagaan

“Apa paling menarik, Chromebook Spin 13 baru ialah Chromebook pertama di dunia menggunaka­n pemproses Intel Core i5-8250u Generasi Kelapan dan peranti ini diharap akan mencetuska­n trend penawaran Chromebook gred perniagaan yang lebih banyak kepada pelanggan,” katanya.

Semua empat model dan varian baru ini kini boleh didapati di semua kedai jualan rasmi Acer dan penjual sah Acer terpilih pada harga RM2,899 dan RM3,199 bagi Acer Veriton Z; RM2,899 dan RM3,399 (Acer Veriton N); RM4,099 (Acer Travelmate X3310) dan RM3,599 (Acer Chromebook Spin 13).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia