Berita Harian

Fon telinga Run Free Pro Bio eksklusif di 11street

-

11street menjalin kerjasama dengan Soul Electronic­s bagi memperkena­lkan fon telinga tanpa wayar kecerdasan buatan (AI), Run Free Pro Bio pertama di dunia dilengkapi Biomecheng­ine.

Menerusi teknologi GAIT, Run Free Pro Bio bersama aplikasi Soul Fit menyediaka­n analisis terperinci keadaan larian dan risiko kecederaan untuk meningkatk­an prestasi larian pengguna.

Ketua Pegawai Pemasaran 11street, Jenny Tay, berkata menerusi kerjasama itu, pelanggan boleh membuat tempahan awal Run Free Pro Bio secara eksklusif di 11street pada harga RM699 bermula 4 hingga 12 Disember 2018.

Katanya, individu yang membuat pembelian fon telinga Run Free Pro Bio juga akan menerima kupon kredit bernilai RM200 selepas membuat pengesahan pembelian.

“Kami gembira melihat lebih ramai rakyat Malaysia melabur dalam penjagaan kesihatan mereka, berdasarka­n jualan 11.11 barubaru ini kategori produk kesihatan dan kecantikan menjadi antara pilihan utama pelanggan.

“Kami teruja menjadi yang pertama di rantau Asia Tenggara untuk menyediaka­n Run Free Pro Bio kepada pelanggan 11street,” katanya di majlis pengenalan Run Free Pro Bio di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Pengurus Perniagaan Serantau Soul Electronic­s Limited, Terry Ho.

Pilihan warna

Run Free Pro Bio didatangka­n dengan pilihan warna Power Grey dan Passion Red dengan kepala telinga pelbagai saiz.

Bermula 4 hingga 31 Disember, Soul Electronic­s juga menyediaka­n potongan 20 peratus di kedai maya 11street, tidak termasuk Run Free Pro Bio.

Di samping itu, 11street menyediaka­n pelbagai tawaran dan promosi luar biasa untuk pelanggann­ya sempena jualan 12.12.

Bermula 5 hingga 10 Disember pula, pelanggan mempunyai akses kepada muat turun kupon jenama khas 12.12 bagi 12 produk utama daripada 12 jenama popular pelbagai kategori sehingga 90 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia