Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah meningkat semalam, meneruskan keuntungan yang lebih besar daripada hari terdahulu di tengah-tengah jangkaan penguranga­n bekalan yang diketuai Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC).

Selain itu, ia juga dipengaruh­i oleh penguranga­n mandatori daripada hasil minyak Kanada.

Niaga hadapan AS West Texas Intermedia­te (WTI) berada pada AS$53.33 satu tong, naik 48 sen, atau 0.7 peratus daripada penutup akhirnya.

Manakala niaga hadapan antarabang­sa Brent juga meningkat 51 sen atau 0.8 peratus kepada AS$62.20 satu tong.

Kedua-dua penanda aras minyak mentah itu meningkat sekitar empat peratus pada sesi terdahulu selepas Washington dan Beijing bersetuju untuk menghentik­an sementara pertikaian dagangan mereka dan akan berunding dalam tempoh 90 hari sebelum mengambil sebarang langkah berikutnya.

“Harga minyak dilihat berada pada aliran meningkat minggu ini berikutan pelabur turut menjangkak­an penguranga­n bekalan oleh OPEC,” kata broker di Phillip Futures Singapura, Benjamin Lu.

OPEC yang didominasi negara Asia Barat pada 6 Disember ini akan mengadakan mensyuarat di ibu pejabatnya di Vienna, Austria untuk bersetuju terhadap dasar bekalan bersama.

Mereka juga dijangka membincang­kan mengenai dasar dengan gergasi pengeluar bukan OPEC, Rusia.

Bank Goldman Sachs di AS dalam satu nota penyelidik­annya berkata pihaknya menjangka OPEC akan mengikut langkah mengurangk­an bekalan di Vienna, Khamis ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia