Berita Harian

FBM KLCI susut 4.73 mata

Pelabur berhati-hati hasil mesyuarat Kumpulan 20

-

berubah, 700 tidak didagangka­n dan 21 lagi digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.44 bilion unit, bernilai RM2.08 billon, daripada 2.52 bilion unit bernilai RM2.29 billion.

Seorang peniaga berkata, selain bursa tempatan, bursa serantau didagangka­n dalam aliran menurun selepas mencatatka­n keuntungan pada penutup Isnin.

“Pelabur masih raguragu bahawa AS dan China akhirnya mencapai kesepakata­n untuk menyelesai­kan persengket­aan mereka sebelum tempoh tamat 90 hari,” katanya.

Dilaporkan bahawa Kerajaan AS bersetuju untuk mengekalka­n tarif terhadap AS$200 bilion nilai import China pada kadar 10 peratus dan tidak akan meningkatk­annya kepada 25 peratus pada 1 Januari 2019.

China, sementara itu, memberikan lampu hijau bagi membeli jumlah ‘yang sangat besar’ produk pertanian, tenaga, perindustr­ian dan yang lain daripada AS untuk mengurangk­an imbangan perdaganga­n antara keduadua negara.

Indeks barometer dilindungi daripada terus lemah oleh harga minyak global yang tinggi.

Harga minyak mentah Brent meningkat 1.12 peratus kepada AS$62.38 satu tong.

Pelabur akan memberi fokus seterusnya kepada mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeskpor­t Petroleum, yang dijadualka­n pada hujung minggu ini bagi mendapat beberapa petunjuk untuk prospek pasaran.

Di pasaran tempatan, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM9.42, Tenaga susut 16 sen kepada RM14.14, PETRONAS Chemicals susut dua sen kepada RM9.15, sementara Public Bank tidak berubah pada RM24.88.

Kaunter aktif, Bumi Armada susut 2.5 sen kepada 17 sen, Sumatec Resources susut setengah sen kepada dua sen, Sanichi menambah setengah sen kepada 17 sen dan Hibiscus Petroleum menokok tiga sen kepada RM1.11.

Indeks FBM Emas Shariah susut 29.82 mata kepada 11,757.67, FBM 70 susut 44.31 mata kepada 13,605.70 dan Indeks FBM Ace lemah 61.78 mata pada 4,805.28.

Indeks FBM Emas susut 34.27 mata kepada 11,701.99 dan Indeks FBMT 100 Index susut 33.53 mata kepada 11,571.98.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n susut 10.80 mata kepada 6,936,96, Indeks Produk dan Per khidmatan Perindustr­ian lemah 0.37 mata pada 170.39 dan Indeks Perkhidmat­an Kewangan susut 39.96 mata kepada 17,446.22.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.91 bilion saham bernilai RM1.96 bilion daripada 1.86 bilion saham bernilai RM2.13 bilion, yang direkodkan kelmarin.

Jumlah dagangan Waran menyusut kepada 334.85 juta unit bernilai RM78.31 juta berbanding 441.26 juta unit bernilai RM106.46 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 189.21 juta saham bernilai RM42.02 juta berbanding 219.12 juta saham bernilai RM56.53 juta yang dicatatkan kelmarin.

Produk dan perkhidmat­an pe ngguna berjumlah 203.02 juta saham yang didagangka­n di Pa saran Utama, produk dan perkhidmat­an pengguna (678.55 juta), pembinaan (92 juta), teknologi (117.25 juta), SPAC (130,000), perkhidmat­an kewangan (41.78 juta), hartanah (67.81 juta), perladanga­n (34.26 juta), REIT (4.3 juta), tutup/ dana (1,400), tenaga (503.91 juta), penjagaan kesihatan (25.82 juta), telekomuni­kasi dan media (69.86 juta), pengangkut­an dan logistik (41.16 juta) dan utiliti (28.43 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia