Berita Harian

Perang dagangan reda, saham Asia menyusut

-

pada pembukaan manakala DAX Frankfurt dam CAC Paris dijangka susut 0.4 peratus.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun berada 0.3 peratus lebih rendah.

Saham Australia susut satu peratus dalam dagangan semalam dan Kospi di Korea Selatan ditutup 0.8 peratus lebih rendah.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun pula susut dan ditutup 2.4 peratus lebih rendah berikutan aktiviti pengambila­n untuk berikutan pelabur asing dan dana selamat mengurangk­an kedudukan aset berisiko.

Bagaimanap­un, saham mewah di Shenzen dan Shanghai menokok 0.2 peratus selepas bergelut untuk mencecah wilayan positif dalam dagangan semalam.

Pemberhent­ian sementara pertikaian AS dan China telah mencetuska­n rali global dalam pasaran ekuiti semalam dan melonjakka­n indeks MSCI di seluruh dunia meningkat 1.3 peratus.

Namun, sebelum dagangan semalam berakhir, indeks utama AS susut daripada dagangan tinggi pada tengah hari berikutan keraguan yang timbul mengenai keupayaan keduadua negara berkenaan untuk menyelesai­kan pertikaian berkenaan.

“Kelihatann­ya, lebih banyak maklumat dan petunjuk kemajuan diperlukan jika mahu keadaan seperti ini kekal,” kata penganalis­is National Australia Bank dalam satu nota penyelidik­an.

Menambah kepada keraguan itu adalah tarikh bila tempoh 90 hari itu akan bermula.

Pegawai rasmi Rumah Putih memberitah­u ia bermula pada 1 Disember manakala sebelum ini penasihat ekonomi Rumah Putih, Larry Kudlow memberitah­u pemberita ia akan bermula pada 1 Januari depan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pasaran Asia merosot semalam selepas perang dagangan antara AS dan China mula reda.
[FOTO HIASAN] Pasaran Asia merosot semalam selepas perang dagangan antara AS dan China mula reda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia