Berita Harian

Bayi sakit jantung kritikal perlu RM80,000

Bantuan untuk tampung kos pembedahan di hospital swasta

- Oleh Nor Akmar Samudin dan Ahmad Ajwad Azman

Seorang bayi berusia tujuh bulan yang menderita penyakit jantung, memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM80,000 bagi menampung kos pembedahan­nya.

Ibunya, Justina Jewan, 31, berkata Alzriannal­yn Eva Alimin yang dipanggil Eva perlu menjalani pembedahan segera berikutan masalah jantung dialami anak bongsu daripada tiga beradik itu sudah kritikal.

Suri rumah berasal dari Kota Marudu, Sabah itu berkata, suaminya yang hanya bekerja sebagai penoreh getah, tidak mampu membiayai rawatan berkenaan.

“Kami ada dua anak lagi berusia tujuh dan tiga tahun. Pendapatan suami tidak seberapa, justeru kami sangat memerlukan sumbangan orang ramai untuk menyelamat­kan Eva.

“Eva dikesan menghidap penyakit itu, dua bulan lalu, apabila dia mengalami masalah pernafasan dan jantungnya berdenyut laju.

“Selepas tiga kali mendapatka­n rawatan di klinik dan hospital di Kota Kinabalu, baru dapat tahu Eva mengalami masalah jantung yang sudah kritikal.

“Sehubungan itu, pihak hospital terus merujuk Eva ke Gleneagles Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Suami terpaksa jaga dua anak lain

Justina berkata, hanya beliau dan bayinya tiba di ibu kota, minggu lalu, kerana tidak mampu menyediaka­n tambang penerbanga­n untuk suami yang pada masa sama perlu menjaga dua anak lain di rumah.

“Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi membantu kerana kami tidak sanggup melihat keadaan Eva sering menangis akibat keadaan kesihatann­ya itu,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurka­n sumbangan menerusi Media PRIMA-NSTP Humanitari­an Fund melalui akaun Maybank 5141-0532-3170 atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek berkenaan dan dihantar ke alamat: Media Prima Bhd, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE /BH] ?? Eva memerlukan sumbangan dana RM80,000 bagi menampung kos pembedahan­nya di Kuala Lumpur.
[FOTO AZIAH AZMEE /BH] Eva memerlukan sumbangan dana RM80,000 bagi menampung kos pembedahan­nya di Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia