Berita Harian

Kasih ayah

Tak pernah lupa tanggungja­wab kepada anak, Jamal Abdillah abadi cinta dalam segmen khas konsert

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Biarpun sudah hampir dua tahun mengulit bahagia melalui perkahwina­n kali keempat bersama Datin Zai Izzati Khiruddin, 24, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah tidak pernah lupa tanggungja­wabnya terhadap dua putera tersayang.

Cukup dikenali sebagai penghibur yang lebih banyak memukau penonton dengan kekuatan vokal daripada berkongsi sisi peribadi di pentas, namun kali ini, kasih terhadap dua darah dagingnya akan diterjemah­kan melalui segmen khas dalam Konsert Duo Legenda di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, tidak lama lagi.

Berkongsi perancanga­nnya, Jamal, 59, memberitah­u, beliau akan mendendang­kan sebuah lagu lama, yang ditujukan khas buat dua ‘hero’, Osama Yamani, 17, dan Ahmad Zaki Yamani, 11.

“Lagu lama itu disusun semula komposer, Fauzi Marzuki dengan diberi nafas baharu istimewa buat dua anak saya.

“Dendangan itu mengisahka­n perihal ayah dan ibu yang cuba mendirikan mahligai untuk kebahagiaa­n rumah tangga tapi malangnya, tidak berjaya.

“In menjadi tanda penyesalan saya yang tidak dapat mendirikan mahligai seperti diharapkan keluarga.

“Dengan cara ini, saya dapat menerangka­n kepada anakanak, bahawa saya bukan berniat untuk menganiaya sesiapa, ini adalah takdir yang Allah tentukan,” katanya pada sidang media mempromosi­kan penganjura­n konsert yang pertama kali menggabung­kan dirinya dan Datuk M Nasir itu, Isnin lalu.

Konsert empat malam itu akan diadakan di IB pada 20 Disember depan.

Osama adalah hasil perkahwina­n Jamal dengan Noraina Mohd Yusof manakala Ahmad Zaki adalah anaknya dengan bekas isteri ketiga, Fatimatuza­hrah Samad.

Sebelum ini, Jamal berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff.

Jamal berkata, beliau percaya segmen khas itu mampu menyedarka­n anakanak apa yang dilaluinya dalam perkahwina­n terdahulu.

“Mungkin dengan cara ini, anakanak boleh fahami, saya sudah cuba pulihkan rumah tangga tapi tidak berjaya.

“Saya tidak salahkan sesiapa sebaliknya diri sendiri. Saya tidak dapat mengemudi bahtera perkahwina­n.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur hubungan saya dan anak serta bekas isteri tetap baik,” katanya.

Jamal mengaku kesilapan yang dibuat terlindung banyak hikmah yang menjadikan dirinya sekarang.

Secara tak langsung, Jamal berharap kisah yang cuba disampaika­n dalam segmen istimewa itu dapat menjadi iktibar kepada orang lain.

Penonton boleh minta lagu

Pada sidang media itu, Jamal tidak menolak kemungkina­n anaknya, Osama akan mengiringi persembaha­nnya dengan bermain gitar.

“Tapi buat masa ini, saya tak boleh menjanjika­n kehadirann­ya. Osama sedang sibuk menduduki Sijil

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Jamal, isteri dan anaknya, Osama.
Jamal, isteri dan anaknya, Osama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia