Berita Harian

Berdebar VIP mahu tonton aksi bersama M Nasir

-

Tak sangka. pelawaan saya mendapat sambutan baik daripada beliau.

“Saya cadangkan dua lagu tapi Dr Siti Hasmah bersetuju hanya sebuah lagu. Saya juga tidak mahu beliau hadapi kesukaran (dalam membuat persembaha­n), jadi saya bertanya, lagu apa yang beliau pernah mainkan dan diberitahu Gubahanku.

“Saya sangat seronok apatah lagi mendapat tahu beliau memasuki kelas muzik untuk berlatih,” katanya.

Lebih istimewa, segmen bersama Dr Siti Hasmah itu bertujuan mengutip dana untuk disalurkan kepada pihak kurang berkemampu­an seperti rumah anak yatim atau rumah kebajikan warga emas.

Selain itu, konsert itu menampilka­n penyanyi dari Australia yang mencipta nama di Malaysia, Cassidy Anderson.

Cassidy akan menyanyika­n lagu

bersama Jamal dan bersama Nasir.

“Saya tertarik dengan Cassidy sebab dia petah berbahasa Melayu. Saya banyak menonton videonya di Youtube.

“Daripada situ, saya tertarik untuk mengundang beliau menyanyi bersama,” katanya.

Beri nafas baharu lagu lama

Jamal tidak menafikan keinginan menerbitka­n single baharu malah pernah dipelawa Nasir untuk menghasilk­an dendangan itu.

“Namun, melihat pasaran sekarang yang lebih kepada muat turun secara digital, agak berat untuk saya merakamkan lagu melainkan ada bahan baik.

“Lagipun, saya ada lebih 200 lagu yang jarang dinyanyika­n di mana melodinya semua bagus-bagus. Cuma susunan lagu pada zaman itu yang saya lihat kurang diterima.

“Jadi, saya mahu membuat susunan semula bagi lagu-lagu terbabit,” katanya.

Jamal berkata, idea memberi nafas baharu kepada dendangan lama lebih baik daripada menerbitka­n single.

“Seperti lagu Kau Lupa Janji yang diberi nafas baharu oleh pemuzik, Genervie dan saya sukakan susunan yang itu,” katanya.

 ??  ?? Cassidy bersama M Nasir dan Jamal. Jamal Abdillah
Cassidy bersama M Nasir dan Jamal. Jamal Abdillah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia