Berita Harian

Tak kisah cakap orang

Emmet teruja bekerja dengan teman lama dalam single terbaru Mogok

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Jika anda peminat muzik grunge, nama Emmett Ishak pasti kekal dalam ingatan sebagai vokalis kumpulan Butterfing­ers yang cukup popular pada era 1990an.

Ditubuhkan pada 1993, Butterfing­ers pantas menawan hati peminat hingga digelar

berikutan vokal Emmett yang dikatakan saling tak tumpah penyanyi Nirvana, mendiang Kurt Cobain.

Namun, kegemilang­an dikecapi Butterfing­ers tidak lama berikutan masingmasi­ng membawa haluan sendiri, malah Emmet berhijrah ke Kanada.

Pulang ke Malaysia, Emmet yang ditemui di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini, mengaku tidak pernah bersara daripada dunia muzik.

“Menyanyi adalah kegemaran saya... Hobi yang serius. Tak kira di Kanada atau Malaysia, saya tetap mencari masa untuk menyanyi.

“Namun, saya lebih fokus bermain muzik sekiranya saya pulang ke Malaysia.

“Saya banyak melepak meluangkan masa bersama kawan-kawan lama dengan bermain muzik. Daripada situlah tercetusny­a idea terbaru berjudul kepada HIP.

Menjelaska­n lagi kembara seninya sekarang, Emmet menjelaska­n dia bukanlah artis solo atau berkumpula­n.

“Hakikatnya, saya tidaklah bergerak secara solo dan tidak juga boleh dikatakan menganggot­ai kumpulan.

“Apa yang lebih tepat, saya bergerak bersama rakanrakan lama. Disebabkan itulah kami lebih selesa dipanggil sebagai Emmett & Gang sejak 2015,” katanya katanya yang masih berulang alik dari Malaysia ke Kanada.

Utamakan kepuasan diri

Tampil mempromosi­kan

yang menjadi runut bunyi kepada filem Polis Evo

Emmett memberitah­u, lagu itu adalah hasil kerjasama dengan sahabat lama, Kadak yang juga bekas anggota Butterfing­ers.

“Sebenarnya, pelawaan merakamkan lagu ini datang daripada kawan baik saya Moots Pop Shuvit dari Rocketfuel Entertainm­ent.

“Saya fikir mengapa tidak saya muatkan lagu untuk filem terbaru itu, tambah lagi, kawan saya, Izuan sudah ada lagu,” katanya.

Ditanya mengenai keseronoka­n bekerja dengan temanteman lama, Emmet berkata:

“Sudah tentu saya seronok. Single Mogok bukan saja dapat mengubati rindu saya pada muzik malah menghubung­kan saya dengan rakanrakan lama.

“Saya fikir, fungsi saya adalah membawa semua orang kembali bersama,” katanya.

Biarpun ada peminat yang kurang menggemari single terbarunya itu, Emmett tetap positif memperjuan­gkan kerja seni.

“Saya ada mendapat maklum balas daripada peminat yang tidak menggemari lagu terbaru ini, tapi saya tidak kisah.

“Saya bermain muzik untuk kepuasan diri saya... Tak kisah orang dengar atau tidak,” katanya.

Tak mungkin bergabung

Sebelum ini, Emmet yang juga bapa kepada dua anak perempuan, pernah tampil dengan dan

Ketika ini, Emmet sedang menyiapkan beberapa lagu untuk dimuatkan dalam album terbarunya.

“Sejak 2015, saya aktif menulis lagu. Buat masa ini, saya dan rakan-rakan lama sudah ada tujuh hingga lapan lagu baharu. Apabila cukup 10 lagu, baru kami akan merakamkan album,” katanya.

Ditanya apakah masih mahu merakamkan album dalam pasaran muzik yang suram sekarang, Emmet berkata:

“Saya tahu ramai mengatakan album sudah tidak laku sekarang. Tapi saya terbitkan album sebab mampu menanggung kos pembikinan­nya album itu.

“Lagipun, sekarang saya lebih fleksibel, tak perlu mendengar kata orang lain... Semua dibuat atas kepuasan saya sendiri,” katanya.

Bagaimanap­un, Emmett tidak menafikan Butterfing­ers memberikan impak besar padanya. Mengapa tidak, kumpulan itu cukup popular hingga dirinya terus dingati.

“Saya berterima kasih pada Butterfing­ers. Disebabkan kumpulan itu, saya dapat berhubung kembali dengan orang ramai.

“Ia juga membuka banyak peluang untuk saya. Saya harap orang ramaia boleh memberi sokongan terhadap hobi saya ini,” katanya.

Ditanya soalan wajib mengenai kemungkina­n Butterfing­ers kembali bergabung atau membuat ‘reunion’, Emmet berkata:

“Saya anggap sesuatu benda yang sudah mati, kalau nak hidupkan semula, mungkin tak akan jadi benda yang sama.

“Kadang-kadang kita perlu biarkan ia berlalu, biarkan ia menjadi memori.

“Apatah lagi anggota Butterfing­ers semua sudah mempunyai kerjaya masing-masing sekarang,” katanya.

 ??  ?? ‘Nirvana wannabe’ single Mogok,” Mogok 2, single Stranger Danger The Chemistry Between Us.
‘Nirvana wannabe’ single Mogok,” Mogok 2, single Stranger Danger The Chemistry Between Us.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia