Berita Harian

‘Hanya ada awak dan saya’

Foto dikongsi di laman sosial cetus spekulasi hubungan cinta Aiman, Zahirah

- Oleh Feride Hikmet Atak

Sejak kelmarin, spekulasi hubungan dua artis yang dilihat sama cantik dan sama padan ini mula hangat diperkatak­an dalam media sosial.

Sekeping gambar yang dikongsi pelakon, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza di laman sosial masing-masing, sejak Isnin lalu, bagaikan mengesahka­n hubungan cinta pasangan itu menggambar­kan antara mereka sedang menjalin hubungan mesra.

“Nombor bermula daripada 1,2,3; muzik bermula daripada Do-remi. Abjad bermula dengan A dan diakhiri dengan Z. Kenyataann­ya hanya ada awak dan saya,” tulisnya di laman Instagram.

Ketika itu, kenyataan yang dimuat naik Aiman menerima lebih 100,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen, termasuk rakan selebriti yang gembira melihat kebahagiaa­n mereka.

Beberapa jam kemudian, Zahirah pula memuat naik foto sama dengan catatan yang lebih ringkas iaitu: “Now until forever, insya-allah.

Menerusi catatan itu, Zahirah turut berkongsi tanda pagar, #zahirah.

Perkongsia­n Zahirah pula mendapat lebih 100,000 tanda suka dan lebih 4,000 komen.

Rata-rata netizen meluahkan kegembiraa­n melihat hubungan cinta yang sedang berputik itu dan berharap ia kekal hingga ke gerbang perkahwina­n.

Namun, ada juga yang mempersoal­kan entri itu dan menyifatka­n, ia mungkin dimuat naik bagi mempromosi­kan drama terbaru lakonan mereka.

Netizen mengandaik­an aksi berkongsi foto dengan kata-kata kononnya pasangan itu sedang bercinta tidak lebih daripada gimik projek terbaru mereka. Apatah lagi, sejak akhir-akhir ini, artis cenderung membuat kejutan atau gimik bagi menarik perhatian ramai.

Tiada ulasan lanjut

Namun, sehingga hari ini, baik Aiman mahupun Zahirah memberi ulasan lanjut terhadap kontrovers­i tercetus.

Namun, peminat terus memantau perkembang­an mereka melalui media sosial.

Baik Zahirah mahupun Aiman, masing-masing pernah menjalin hubungan intim dengan pasangan namun tidak kesampaian. Zahirah sebelum ini dilaporkan putus cinta dengan aktor sasa, Zul Ariffin manakala Aiman menjalin hubungan dengan Fathia Latiff.

Sabtu lalu, menerusi sebuah laporan dalam sisipan B*pop, Zahirah dikatakan terpaut hati dengan pelakon tinggi lampai itu bermula di laman sosial.

Menurut sumber, Zahirah mengambil berat terhadap Aiman dengan menghantar makanan kepada jejaka kacak itu.

Gosip mengenai mereka hangat diperkatak­an apabila Aiman memuat naik gambar makanan dalam Instastory yang kononnya dihantar seseorang, lantas mencetuska­n spekulasi ia daripada Zahirah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia