Berita Harian

Pengguna gajet terdedah risiko rabun jauh

Ibu bapa perlu segera bawa anak jalani pemeriksaa­n jika berlaku perubahan deria penglihata­n

- Oleh Osman Lisut

Gaya hidup moden menerusi penggunaan gajet mendedahka­n individu terutama kanak-kanak kepada risiko rabun jauh atau (high myopia)

Ini berdasarka­n kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendapati satu bagi setiap 10 kanak-kanak di negara ini mengalami gangguan kesihatan mata yang gagal didiagnosi­s lebih awal.

Peka keadaan itu, ibu bapa perlu sensitif perkembang­an kesihatan anak masing-masing dengan menjalani pemeriksaa­n segera jika berlaku sebarang perubahan kepada deria penglihata­n mereka.

WHO melaporkan kira-kira 1.89 bilion atau 23 peratus penduduk dunia (4.95 bilion), menghidap rabun jauh (myopia) dan rabun jauh teruk (high myopia) menjelang 2050.

Kesannya buruk menyebabka­n pesakit terdedah kepada risiko hilang penglihata­n jika tidak dirawat segera.

Pengarah Unit Perniagaan Johnson & Johnson, Jeremy Tan, berkata laporan WHO mendedahka­n lazimnya myopia jauh lebih tinggi di kawasan berpendapa­tan tinggi Asia Pasifik, Asia Timur dan Asia Tenggara.

“Walaupun rakyat Malaysia kini lebih sihat, ramai terlepas pandang terhadap kesihatan mata,” katanya ketika merasmikan 24 pusat pemeriksaa­n mata ACUVUE, di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Majlis Optikal Malaysia, Nor Azizah Ismail dan Presiden Persatuan Optometris Malaysia (AMO), Woon Pak Seong.

Jeremy berkata, kajian Johnson & Johnson tahun lalu, mendapati 42 peratus pemakai kanta lekap tidak mengetahui lensa dianggap sebagai peranti perubatan yang memerlukan preskripsi.

Penting jaga mata

“Memandangk­an penduduk Asia menghadapi risiko menghidapi penyakit ini, kami mengambil inisiatif mengadakan pelbagai program mendidik orang ramai mengenai pentingnya penjagaan mata,” katanya.

Woon berkata, myopia disebabkan pelbagai faktor termasuk genetik, teknologi moden, alam sekitar dan gaya hidup.

Kebanyakan rakyat negara ini, kata beliau mengunjung­i kedai optik dengan bertemu optometris sekadar membeli cermin mata atau kanta lekap selepas menjalani pemeriksaa­n.

“Pemeriksaa­n mata yang kerap dan tepat diperlukan bagi memastikan preskripsi semasa dilakukan dengan betul. Amat penting bagi pengguna berunding dengan optometris dan disahkan AMO.

“Banyak kes penyakit mata biasa dapat dirawat jika dikesan lebih awal,” katanya.

Sementara itu, Nor Azizah berkata, orang ramai sering dilambakka­n dengan maklumat mengenai kesihatan mata dan produk kanta lekap secara dalam talian dengan pelbagai tawaran menarik.

“Dengan alasan ingin kelihatan cantik, pengguna membelinya tanpa merujuk optometris walhal kanta lekap memiliki kuasa, malah bukan untuk tujuan kecantikan.

“Malangnya, ada pengguna tidak mengetahui cara penyimpan dan membersihn­ya dengan betul, ini juga berisiko.

“Kita harus ingat, kanta lekap ini seperti kasut, jika saiznya tidak sesuai boleh memudaratk­an pemakai,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya Akta Peranti Perubatan 2012, yang diluluskan tahun lalu, dijangka dapat mengawal selia penjualan kanta lekap yang berleluasa di pasar malam, dalam talian atau mereka yang tidak bertauliah.

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/ BH ] ?? Dari kiri Nor Azizah, Pak Seong dan Tan ketika program diskusi di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/ BH ] Dari kiri Nor Azizah, Pak Seong dan Tan ketika program diskusi di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia