Berita Harian

Columbia Asia anjur larian bantu kanak-kanak diabetes

-

Shah Alam: Menyedari pentingnya penjagaan kesihatan bermula seawal usia, pelbagai program bersesuaia­n dianjurkan dalam meningkatk­an kesedaran umum supaya mengamalka­n gaya hidup sihat.

Columbia Asia pengendali perkhidmat­an kesihatan dan perubatan, komited membantu penghidap diabetes dalam kalangan kanak-kanak menerusi aktiviti larian.

Justeru, menerusi Larian Kesedaran Lima Kilometer (5KM) Magikal Columbia Asia, mengumpul kira-kira RM20,000 untuk disumbangk­an kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit itu di bawah naungan Diabetes Malaysia, barubaru ini.

Timbalan Setiausaha Agung Diabetes Malaysia, KS Maniam, menerima replika cek daripada Ketua Pegawai Eksekutif Asia Tenggara Columbia Asia, Kelvin Tan.

Terdahulu Tan dan bersama Pengurus Besar Serantau Columbia Asia (Wilayah II) Tom Lim dan Pengurus Besar Serantau Columbia Asia (Wilayah I) Engku Marina Engku Hatim melepaskan peserta larian itu.

Tema alam fantasi

Program berlangsun­g di Taman Botani Negara, Shah Alam diadakan bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia disertai kira-kira 1,800 orang termasuk keluarga dengan kanak-kanak.

Sepanjang jarak 5km itu ada tempat hentian bertemakan alam fantasi antaranya Hutan Cendawan memaparkan prop besar membuatkan peserta merasa kerdil seperti sesat dalam hutan gergasi.

Seterusnya, hentian Fro-zone, iaitu peserta merasai kedinginan salji buatan manusia dan hujan kabus. Turut disediakan pembawa watak ‚cosplay‘ berpakaian seperti kepingan salju dan puteri ais menceriaka­n peserta.

Sepanjang larian itu, peserta juga boleh berhenti mengambil gambar di bahagian Alam Laut yang memaparkan terowong rumpai laut dan sudut cengkerang. Kanak-kanak teruja dan tertarik dengan pembawa watak ‘cosplay’ berpakaian seperti ubur-ubur dan duyung.

Program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Columbia Asia sebagai sokongan kepada kanak-kanak penghidap diabetes yang begitu memerlukan rawatan khusus.

Diabetes adalah penyakit sepanjang hayat dan pengurusan penyakit berkaitan penting bagi mengelak peningkata­n jumlah pesakit.

 ??  ?? Acara larian turut dimeriahka­n dengan aktiviti bertemakan cosplay bagi menceriaka­n peserta.
Acara larian turut dimeriahka­n dengan aktiviti bertemakan cosplay bagi menceriaka­n peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia