Berita Harian

Selawat, sunnah manifestas­i cinta Nabi

-

Selawat barangkali dianggap ucapan yang mudah untuk disebut meskipun ia sebenarnya manifestas­i kerinduan umat Islam kepada Rasulullah SAW. Menjadi kewajipan kepada setiap orang beriman untuk sentiasa mengucapka­nnya sebagai tanda kasih kepada Nabi Muhammad SAW.

Malah, kekuatan selawat hanya dapat diketahui dan dirasai oleh Muslim yang mengamalka­nnya secara konsisten hingga pelajar sentiasa digalakkan untuk mengucapka­n selawat kerana amalan itu menjadi sebab kepada kefahaman dan keupayaan mengingati sesuatu ilmu.

Kaum ibu pula digalakkan untuk sentiasa berselawat, termasuk ketika menyediaka­n juadah makanan untuk keluarga.

Pendakwah bebas, Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, berkata masih ramai dalam masyarakat yang tidak merasai nikmat mengucapka­n selawat, sekali gus menjadi isyarat kita belum mengenali Baginda dengan lebih mendalam.

“Selawat sebenarnya ganti kepada ungkapan ‘Saya sayang awak’ seperti yang dipesan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya supaya memberitah­u perasaan itu kepada saudara sekiranya mengasihi mereka dengan niat sematamata kerana Allah SWT.

“Itu antara cara memupuk cinta dan silaturahi­m yang berpanjang­an hingga ada antara kita yang meletakkan pelekat kereta tertera Love You Rasulullah.

I“Ini cara amat baik supaya dapat mengingatk­an diri dan orang lain, sekali gus mendorong mereka untuk memandu dengan cara berhemah sejajar dengan penampilan dan akhlak Baginda,” katanya pada Ceramah Maulidur Rasul di Balai Berita The News Straits Times Press (NSTP), Kuala Lumpur.

Syed Mohd Norhisyam berkata, tidak ada cara lain yang lebih baik untuk mengetahui, mengenal dan mencintai Rasulullah SAW selain memperbany­akkan selawat.

“Bayangkan dalam pelbagai ibadat yang diwajibkan, selawat ialah satu-satunya dilakukan Allah SWT, manakala malaikat turut berselawat ke atas Baginda.

“Apabila kita banyak berselawat, hubungan perkenalan kita akan bertambah kepada Baginda, manakala kualiti kasih sayang turut meningkat,” katanya.

Amal sunnah Nabi

Beliau berkata, umat Islam juga dianjurkan supaya sentiasa berusaha meningkatk­an kasih sayang kepada Nabi Muhammad SAW dengan mengamalka­n sunnah Baginda.

“Antaranya solat berjemaah di masjid atau surau bagi lelaki dan melazimkan bacaan doa yang diamalkan Rasulullah SAW dalam perjalanan ke rumah ibadat itu,” katanya.

Ibnu Abbas RA melihat Rasulullah SAW membaca doa bermaksud: “Ya Allah ciptakanla­h cahaya di hatiku, lisanku, pendengara­nku dan penglihata­nku, dari belakangku, depanku, atasku serta bawahku. Ya Allah, berilah aku cahaya.” (HR Muslim)

Syed Mohd Norhisyam berkata, kasih sayang terhadap Rasulullah SAW banyak tingkatann­ya dan menjadi kewajipan untuk memperbaha­rui, memperbaik­i serta memperting­katkan amalan sama ada perbuatan atau lisan.

Bukti kecintaan Rasulullah

Mengungkap, mengamal dan melakukan sunnah Rasulullah SAW secara berterusan menjadi bukti paling kukuh bagi setiap umat Islam untuk mengakui kecintaan terhadap Baginda.

“Ada yang mengatakan, Nabi SAW itu sifatnya maksum dan bagaimana mencintai Baginda sedangkan tidak pernah berkesempa­tan berjumpa dengannya.

“Terpisah dengan Rasulullah yang hidup 1,400 tahun lampau bukan halangan mengenal Baginda. Apa lebih penting, lakukanlah yang kita mampu untuk laksanakan daripada tidak berbuat apaapa.

“Sebagai contoh, kita tahu Rasulullah SAW suka umatnya solat pada awal waktu, maka janganlah pula sengaja melengahka­n ibadat hanya kerana terlalu memfokuska­n urusan dunia,” katanya.

Justeru, Syed Mohd Norhisyam turut menasihatk­an masyarakat supaya sentiasa menghadirk­an diri dalam pelbagai majlis ilmu yang bermanfaat.

Ia antara kunci untuk menambahka­n pengetahua­n dan kecintaan kepada Rasulullah SAW, sekali gus menjadi jalan mendapat kebahagiaa­n di dunia serta akhirat kelak.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Memperbany­ak selawat ke atas Rasulullah
SAW dan mengamalka­n sunnah bukti mengenal dan cinta kepada Baginda.
[FOTO HIASAN] Memperbany­ak selawat ke atas Rasulullah SAW dan mengamalka­n sunnah bukti mengenal dan cinta kepada Baginda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia