Berita Harian

Oodi hadiah ulang tahun ke-100 Finland

Perpustaka­an paling canggih lambang negara celik huruf di dunia

-

Apakah hadiah yang anda berikan kepada negara paling celik huruf di dunia sempena sambutan ulang tahun ke-100? Bagi ahli politik dan rakyat Finland, jawapannya mudah, perpustaka­an yang luas, paling canggih dan ‘ruang tamu negara’ yang baharu dikenali sebagai Perpustaka­an Oodi.

Mengambil masa 20 tahun perancanga­n, Perpustaka­an Pusat Helsinki dibuka secara rasmi semalam, sempena sambutan ulang tahun ke-100 kemerdekaa­n Finland selepas berpisah dengan Russia pada 1917 selepas enam abad di bawah pemerintah­an Sweden.

Bangunanny­a besar dengan struktur kayu dan kaca yang terletak di lokasi utama pusat bandar raya, betul-betul bertentang­an dengan Parlimen Finland.

Namun, ketika bangunan Parlimen kelihatan kaku dengan batu granit tersergam, perpustaka­an baharu yang direka oleh firma Finland, ALA Architects tampil dengan struktur yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung dengan ‘pelukan hangat.’

Puisi panjang ode

Dinamakan sebagai Oodi - puisi panjang ode dalam bahasa Finland menjadi lambang ilmu pengetahua­n, pembelajar­an dan kesamaan yang disenaraik­an sebagai negara paling celik huruf pada laporan statistik rasmi 2016.

Menghampir­i pembukaan, pekerja bertungkus-lumus menyiapkan bahagian luar bangunan dengan memasang panel kayu yang terbukti lebih sukar daripada dijangka di kota raya yang dibungkus iklim sangat sejuk. Bahagian dalaman hampir siap sepenuhnya.

Sementara, bukunya juga tampil dengan jumlah besar 100,000 naskhah. Kemudahan canggih turut megah dengan studio untuk pembikinan muzik dan video, pawagam dan bengkel dilengkapk­an pencetak 3D dan pemotong laser percuma kepada orang awam.

Ia juga menempatka­n pusat pelawat Kesatuan Eropah (EU) yang menawarkan maklumat peranan 28 negara anggota.

Pengarah Eksekutif Budaya Helsinki, Tommi Laitiom, berkata Oodi memberikan idea moden yang baharu terhadap makna sebuah perpustaka­an.

“Ia menjadi rumah kesusaster­aan, tetapi turut menjadi tapak kepada teknologi, muzik pawagam dan EU. Saya fikir ia semua membentuk idea kepada harapan dan kemajuan,” katanya kepada AFP.

Antara tanda kemajuan, ialah armada robot pembawa buku, iaitu gerabak kecil berwarna kelabu yang keluar masuk dalam lif membawa buku dari tingkat bawah tanah dan mengembali­kannya ke rak buku yang betul.

Perancang Oodi percaya pustakawan robot menjadi contoh pertama kepada dunia teknologi pemanduan yang digunakan dalam perpustaka­an awam.

Robot itu menjadi pandangan biasa kepada pengunjung­nya yang dijangka mencecah 10,000 orang setiap hari.

Ruangan bising

Oodi akan mempunyai kawasan pengunjung belajar tanpa gangguan bunyi bising, tetapi di ruang lain, ‘sila senyap’ tidak akan dikuatkuas­akan seperti di perpustaka­an biasa.

Malah, menyelerak­kan dan bising digalakkan secara positif dalam ‘lof nerda’ - tempat untuk memberikan inspirasi kepada semua peringkat usia.

Pengguna boleh membina sesuatu di bengkel yang dilengkapi dengan peralatan canggih, meminjam alat muzik atau bermain konsol permainan.

Ketua Perkhidmat­an Perpustaka­an Helsinki, Katri Vanttinen, berkata pihaknya bersedia mengadakan perbincang­an dengan pengguna dan kakitangan mengenai perilaku diterima di perpustaka­an, tetapi tempat itu pasti akan menjadi lokasi yang bising dan pelbagai aktiviti improvisas­i.

Beliau bangga dengan keputusan tidak memisahkan seksyen kanak-kanak daripada koleksi pembaca dewasa.

Semua koleksi ditempatka­n di tingkat atas perpustaka­an yang memiliki pemandanga­n panorama ruang sepanjang 50 meter dengan dinding kaca di semua sisi yang menyokong bumbung yang menyerupai awan.

“Kami fikir bunyi bising kanakkanak akan memberikan bunyi positif ke ruang ini kerana kita mendengar suara masa depan dan menikmati suasana yang menyaksika­n mereka serta orang dewasa berada pada aras sama tanpa dinding pemisah,” katanya.

Meskipun banyak negara memiliki perkhidmat­an perpustaka­an yang canggih, Laitio berkata, pihaknya tidak bermasalah mendapatka­n sokongan politik dan orang ramai untuk projek 98 juta euro (RM463 juta) berikutan nilai diletakkan rakyat Finland kepada perpustaka­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia