Berita Harian

Kelab sukan mampu bantu atlet capai kejayaan

-

Kelab sukan sering digambarka­n sebagai sebuah organisasi kesukanan atau rekreasi yang mampu memberi dan menawarkan laluan kepada ahli dan individu untuk kekal aktif secara lebih terurus dan teratur.

Alang-alang bersukan lebih baik secara konsisten dan kompetitif, terutama dalam kalangan remaja untuk membuka laluan lebih baik menjadi atlet sekurangku­rangnya mewakili daerah atau kelab.

Mana lebih baik bermain tin kosong atau berlatih secara konsisten? Persoalan yang perlu dijawab oleh setiap remaja dan ibu bapa dan pastinya mereka ada jawapan terbaik.

Persediaan menyertai sebarang aktiviti latihan dan kejohanan sangat mustahak. Bukan sahaja mesti ada peralatan dan kewangan, bahkan lebih daripada itu ialah kesediaan dalam aspek mental dan motivasi yang perlu dititikber­atkan.

Selain itu, remaja yang bersukan secara serius juga perlu mengurus diri dan berlatih dalam suasana yang kondusif dan selesa.

Ibu bapa ikut serta

Ibu bapa perlu ikut serta dalam setiap aktiviti yang disediakan, bukan hanya menghantar dan menjemput anak tanpa memantau prestasi mereka.

Budaya kebersamaa­n dalam kelab sangat mustahak kerana dengan aspek ini dapat mengurangk­an pengabaian kepada anak yang aktif.

Kesediaan pemain dari aspek keperluan sangat mustahak. Pemain tidak dapat menumpukan perhatian kepada latihan sekiranya keperluan mereka pada tahap minimum, sebagai contoh seluar dan jersi yang tidak sesuai, peralatan sukan yang mencukupi dan sebagainya.

Pemain tidak perlu meminjam keperluan mereka daripada pemain lain kerana aspek kebersihan setiap orang berbeza. Setiap individu perlu peka dengan keadaan semasa untuk memastikan pemain sentiasa kekal dalam keadaan selesa untuk terus melaksanak­an latihan dan sebagainya.

Perlindung­an insurans

Kesihatan pemain hendaklah pada tahap maksimum. Pemain tidak boleh menyertai aktiviti kelab sukan sekiranya mereka berada dalam keadaan kesihatan yang teruk atau mengalami penyakit berjangkit atau sebagainya. Pastikan pemain sudah sembuh daripada sebarang penyakit berjangkit untuk mengelakka­n sebarang implikasi kesihatan.

Ibu bapa juga perlu memastikan anak dan keluarga dilindungi insurans sebelum aktif bersukan. Dapatkan maklumat berkaitan insurans daripada mereka yang pakar dengan bidang insurans.

Bermain tanpa insurans ibarat bermain tanpa perlindung­an yang terdedah dengan bahaya dan kecederaan tanpa ada sebarang perlindung­an. Ibu bapa perlu peka dengan hal ini dan mendapatka­n nasihat dari mereka yang pakar.

Yuran juga amat penting kerana melalui bayaran berkenaan kelab dapat bergerak dengan memiliki dana mencukupi. Kelab yang bersendiri­an tidak dapat melaksanak­an program jika tiada yuran dikenakan kepada peserta.

Mustahil kelab dapat bergerak tanpa dana kerana bayaran berkenaan digunakan untuk membiayai pasukan. Yuran yang dikutip kemudian dikembalik­an dalam menjalanka­n pelbagai kegiatan.

Kelab yang berdikari tidak bergantung kepada penajaan sematamata, bahkan mereka akan mencari idea menjana pendapatan secara berniaga, memberikan perkhidmat­an dan lain lain. Tiada istilah semua percuma kerana dan jika itu berlaku, ini memerlukan penajaan.

Oleh yang demikian menyertai kelab satu tindakan penting difahami setiap peserta. Bahkan, bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti kelab sukan seperti ragbi, hoki dan sebagainya, perlu bersedia untuk lebih berfikir secara progresif dan aktif.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia