Berita Harian

Rebut tawaran terbaik menabung dalam SSPN

-

ibu bapa pasti mempunyai impian dan harapan untuk melihat anak mereka berjaya melanjutka­n pengajian ke menara gading selepas menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah. Namun, pengajian yang ditawarkan tentu sahaja memerlukan kos yang tinggi.

Dalam hal ini, perancanga­n kewangan untuk anak sejak kecil ialah perkara paling penting dalam merealisas­ikan impian berkenaan. Sehubungan itu, amalan menabung seperti kata pepatah, ‘sikitsikit lama-lama jadi bukit’ akan membantu ibu bapa membiayai kos pendidikan yang sempurna untuk anak mereka.

Pelbagai institusi menawarkan perkhidmat­an tabungan atau simpanan yang menjanjika­n pulangan dividen tinggi. Namun, ibu bapa perlu berhati-hati dalam membuat simpanan dan bijak memilih pelan tabungan terbaik untuk anak mereka.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) antara pelan tabungan pendidikan patuh syariah terbaik dengan pelbagai keistimewa­an dan kelebihann­ya tersendiri. Antaranya dividen simpanan kompetitif, simpanan dijamin kerajaan, manfaat takaful dan khairat kematian.

Pelepasan cukai

Namun, insentif paling menarik adalah pelepasan taksiran cukai pendapatan setiap tahun, memandangk­an perkara itu turut diambil kira oleh ibu bapa dalam membuat sebarang pelaburan atau caruman, sekali gus mengurangk­an beban kewangan mereka.

Perkara itu pernah diumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentang­an Bajet 2018 yang memberikan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 bagi ibu bapa yang mencarum dalam SSPN sehingga tahun taksiran 2020.

Dalam Belanjawan 2019 pula, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumka­n bahawa pelepasan cukai bagi simpanan berkenaan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.

Kurangkan beban

Pengurus Besar Kanan Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop menjelaska­n SSPN ialah instrumen simpanan terbaik yang wajar dipilih oleh ibu bapa, terutama bagi mereka yang mempunyai anak masih kecil.

Kerajaan dilihat komited dalam meneruskan usaha terdahulu dengan menambah baik manfaat apabila mencarum dalam SSPN, selain mengurangk­an beban rakyat dan menggalakk­an mereka menabung.

Jelas sekali, ibu bapa perlu merebut peluang yang ditawarkan demi masa hadapan anak mereka bagi tujuan menyiapkan mereka dalam menanggung kos pengajian yang semakin mencabar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia