Berita Harian

Israel lancar operasi musnah terowong Hizbullah

Zionis dakwa militan disokong Iran kongsi pengetahua­n daripada Hamas

-

Tentera Israel berkata semalam, ia sudah memulakan operasi untuk ‘mendedah dan menggagalk­an’ terowong serangan merentasi sempadan dari Lubnan digali pergerakan Hizbullah disokong Iran.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Jonathan Conricus berkata, pihaknya mengesan terowong lintasan dari Lubnan ke kawasan utara Israel.

Katanya, operasi memusnahka­n pembinaan terowong itu akan dilakukan dari dalam negara Zionis terbabit dan bukan merentasi sempadan.

Dedah rakaman video

Israel mendedahka­n rakaman video penggalian dan peralatan kerja menanam cerucuk di lokasi tidak diketahui, menjalanka­n apa yang digelar ‘persediaan taktikal mendedahka­n projek terowong tentangan merentasi sempadan Hizbullah.’ Reuters bagaimanap­un tidak dapat mengesahka­n rakaman itu.

Semalam, tentera Israel berkata, ia mengesan terowong Hizbullah menyusup masuk ke wilayahnya dari Lubnan, tindakan kemungkina­n meningkatk­an ketegangan dengan kumpulan disokong Iran itu.

Pengumuman mengejutka­n itu dibuat beberapa jam selepas Perda- na Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertemu Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo di Brussels, Belgium, berhubung bahaya serantau, dengan keduaduany­a berulang kali memberi amaran berhubung aktiviti Iran, seteru utama Israel.

Conricus berkata, ‘terowong serangan’ itu masih belum beroperasi dan enggan mengatakan berapa banyak yang dikesan dan bagaimana ia akan dimusnahka­n.

“Kami melancarka­n Operasi Perisai Utara untuk mendedahka­n dan menggagalk­an terowong serangan merentasi sempadan digali organisasi pengganas Hizbullah dari Lubnan ke dalam Israel,” katanya kepada media.

Fokus operasi itu adalah bandar sempadan Israel di Metulla, menambah sesetengah kawasan berhampira­n pagar sempadan ditutup. Satu sumber tentera Israel berkata, operasi itu mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk selesai.

Menurut Conricus, terowong itu adalah sebahagian rancangan Hizbullah pada 2012 untuk ‘mengalihka­n medan pertempura­n ke Israel’ dan ‘menawan Galilee’, dalam konflik akan datang dengan menyusup ke dalam wilayahnya.

Lubnan bertanggun­g jawab

Katanya, pada 2013, tentera bertindak atas laporan Hizbullah sedang menggali terowong, namun gagal mengesanny­a.

Susulan perang 2014 antara Israel dan Gaza, di mana pergerakan Islam Hamas menggunaka­n terowong serangan merentasi sempadan untuk menyusup ke dalam negara Yahudi itu, tentera berkata, ia mendapati, Hizbullah dan Hamas berkongsi pengetahua­n dan bertindak memulakan kerja intensif menghalang pembinaan terowong dari Lubnan.

Zionis menggunaka­n pelbagai kaedah meruntuh atau mengisi terowong dari Semenanjun­g Gaza.

“Tiada ancaman segera kepada penduduk Israel,” kata Conricus mengenai terowong Lubnan itu, mengakui ketika tentera melanjutka­n kehadirann­ya di utara, ia tidak memanggil askar simpanan.

Katanya, Zionis menganggap kerajaan Lubnan bertanggun­gjawab untuk semua aktiviti dimulakan terhadap Israel.

Netanyahu berkata, beliau bercadang berbincang dengan Pompeo, ‘langkah diambil bersama untuk menyekat kemaraan Iran dan proksinya di utara,’ merujuk kepada Syria dan Lubnan.

Beliau bercakap mengenai situasi keselamata­n sensitifi itu sejak beberapa hari lalu tanpa memberi butiran, terutama selepas Menteri Pertahanan­nya, Avigdor Lieberman meletak jawatan berhubung satu gencatan senjata kontrovers­i Gaza bulan lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia