Berita Harian

Rohingya mendarat di Aceh

-

dengan seorang daripadany­a berusia 50 tahun.

“Mereka adalah minoriti Rohingya dari Myanmar. Kami bertanya ke mana hala tuju mereka dan berkata mahu ke Malaysia. Mungkin kerana arus, mereka sebaliknya mendarat di sini,” kata komander tentera laut daerah ini, dikenali Razali.

Katanya, kumpulan itu dalam keadaan baik dan pihaknya cuba mencarikan tempat tinggal.

Tahan bot ke Malaysia

Sejak beberapa minggu lalu, pihak berkuasa di Myanmar dan Bangladesh, di mana sekitar sejuta pelarian Islam tinggal dalam kem pelarian, menahan bot dipenuhi pelarian Rohingya menuju ke Malaysia.

Agak jarang bagi Rohingya melakukan cubaan perjalanan laut ke selatan sejak pihak berkuasa Thailand membantera­s rangkaian pemerdagan­gan se rantau pada 2015, mencetuska­n krisis di seluruh Asia Tenggara ketika sejumlah besar pelarian hanyut ke laut.

Terima pelarian

Pada tahun sama, ratusan Rohingya mendarat di Aceh, yang mana mereka diterima di wilayah konservati­f Islam itu.

Ada kebimbanga­n komuniti terdesak itu mengambil jalan laut lepas selepas Myanmar melancarka­n tindakan keras tentera baharu tahun lalu yang memaksa lebih 700,000 minoriti itu lari ke Bangladesh.

April lalu, kirakira 80 etnik Rohingya menaiki bot kayu mendarat di Aceh, beberapa minggu selepas berpuluh lagi tiba di Malaysia.

Indonesia menerima pencari suaka namun mereka dilarang bekerja dan sering menghabisk­an bertahun di pusat imigresen. AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 20 pendatang Rohingya tiba di Aceh dengan bot kayu ketika ditahan pihak berkuasa Indonesia, semalam.
20 pendatang Rohingya tiba di Aceh dengan bot kayu ketika ditahan pihak berkuasa Indonesia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia