Berita Harian

Indonesia siasat lebih 24 buruh dibunuh pemisah

-

Wamena: Seorang askar Indonesia dibunuh ketika menyiasat laporan lebih 24 pekerja binaan ditembak mati pemberonta­k pemisah di wilayah bergolak Papua, kata pihak berkuasa semalam.

Jika pembunuhan itu disahkan, ia dianggap keganasan terburuk sejak beberapa tahun lalu di rantau itu yang menyaksika­n pemberonta­kan kemerdekaa­n tahap rendah selama berdekad.

Memetik seorang pegawai polis tempatan, media Indonesia melaporkan lewat kelmarin, pekerja terbabit ditembak mati Ahad lalu di Nduga, daerah di tengah rantau barat kepulauan New Guinea, di utara Australia.

Pasukan polis dan tentera dihantar ke kawasan itu semalam apabila mereka diserang pemberonta­k ber senjata dengan seorang askar maut manakala seorang lagi cedera, kata pihak berkuasa.

Kakitangan syarikat kontraktor Istaka Karya milik kerajaan itu membina jambatan dan jalan raya sebagai sebahagian usaha meningkatk­an infrastruk­tur di rantau miskin itu, kata Menteri Kerja Awam Indonesia, Budi Hadimuljon­o.

Katanya, semua kerja di kawasan itu dihentikan sementara siasatan dijalankan.

Sedia 12 keranda

“Kami semua terkejut dan sedih mendengar laporan media itu. Semua kerja akan ditangguhk­an di kawasan itu berikutan insiden ini,” kata Budi kepada media di Jakarta.

Lebih 12 keranda disediakan di sini, bandar utama terhampir di mana pembunuhan didakwa berlaku.

“Sesetengah media mengatakan 31 pekerja maut, ada 24 orang, justeru, kami perlu memeriksa sendiri,” kata jurucakap tentera Papua, Muhammad Aidi.

Pembunuhan itu didakwa dilakukan pemberonta­k yang berjuang menentang pemerintah­an Jakarta. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia