Berita Harian

Thailand lanjut reman pemain bola pelarian

-

untuk bercuti bersama isterinya.

Pemain berusia 25 tahun itu diberi status pelarian di Australia pada 2017 dan bercakap mengenai ditahan dan dipukul pada permulaan bantahan Arab Spring di negara teluk itu pada 2012.

Alaraibi disabitkan tanpa kehadirann­ya atas dakwaan melakukan vandalisme sebuah balai polis, namun berkata, dia berada di luar negara dalam satu perlawanan ketika didakwa.

Ketua Imigresen Thailand, Surachate Hakparn memberitah­u media, Alaraibi direman selama 12 hari bermula kelmarin untuk memberi pihak berkuasa masa meneliti dokumen dihantar Bahrain.

Surachate berkata, duta Australia memaklumka­n beliau, Canberra mahu pemain bola sepak itu kembali.

“Jika ada bukti waran tang kap tidak sah, justeru imigresen akan menghantar­nya ke Australia,” kata Surachate.

Kedutaan Bahrain di sini tidak menjawab permohonan untuk mengulas.

Bimbang dibunuh jika dihantar pulang

Alaraibi dalam wawancara semalam, berkata beliau percaya, Bahrain ‘amat marah’ kepadanya kerana temuramah pada 2016 dengan media mengenai layanan terhadapny­a ketika ditahan.

Alaraibi percaya, dia menjadi sasaran kerana berfahaman Syiah dan aktiviti politik saudara lelakinya.

Dia juga menentang pencalonan Sheikh Salman bin Ebrahim alkhalifa, anggota monarki pemerintah Bahrain sebagai Presiden FIFA dan Presiden Persekutua­n Bola Sepak Asia.

Institut Hak Asasi dan Demokrasi Bahrain (BIRD) menulis kepada Presiden FIFA, Gianni Infantino semalam, menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap kes Alaraibi, menggesa Infantino mengeluark­an kenyataan mengutuk penahanann­ya dan menggesa pembebasan pemain itu.

Alaraibi bermain untuk kelab semiprofes­ional Pascoe Vale FC di Melbourne dan datang ke Thailand untuk bercuti sebelum kembali berlatih.

Kelab bola sepak itu menulis tweet mewujudkan Gofundme bagi membantu mengumpul wang untuk membiayai yuran guaman Alaraibi.

Thailand tidak mengiktira­f pelarian dan berdepan kritikan antarabang­sa kerana menghantar mereka pulang ke negara di mana mereka berdepan pendakwaan. AFP

 ??  ?? Alaraibi ditahan dengan notis merah Interpol selepas tiba dari Australia 27 November lalu, untuk bercuti bersama isterinya.
Alaraibi ditahan dengan notis merah Interpol selepas tiba dari Australia 27 November lalu, untuk bercuti bersama isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia