Berita Harian

Avokado mungkin disingkir daripada menu

-

London: Buah avokado, mungkin disingkirk­an daripada menu sesetengah restoran di Britain di tengah kebimbanga­n terhadap alam sekitar dan tanah.

Buah itu meraih populariti di Britain kerana khasiatnya dan sering dimakan bersama roti bakar atau menjadi hiasan.

Kini, sesetengah kafe di Britain menyingkir­kan avokado atas alasan etika, mendakwa buahan memerlukan banyak air itu menjejaska­n petani dan tanah di rantau seperti Amerika Selatan yang banyak menanamnya.

“Ketaasuban dunia Barat terhadap avokado meletakkan permintaan tidak dijangka terhadap petani yang menanam buah itu.

“Hutan ditebang untuk ditukar kepada ladang avokado. Penanaman intensif pada skala ini menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau dengan memberi tekanan kepada keadaan semula jadi dan bekalan air setempat,” tulis Wild Strawberry Cafe dalam ruangan Instagramn­ya, menyatakan menghidang­kan buahan itu tidak sejajar dengan etosnya.

Komplot pemasaran

Pengumuman itu disambut dengan pelbagai pandangan. Sesetengah menggesa restoran itu melanjutka­n larangan terhadap bahan seperti daging, matcha (daun teh) dan kacang badam, sementara yang lain mendakwa tindakan itu adalah satu komplot pemasaran sinis.

“Saya tidak fikir kita perlu peduli dengan sesetengah kafe yang mungkin melarangny­a. Ia menimbulka­n persoalan menarik dan penting dari mana kita mendapat makanan, namun saya tidak fikir larangan skala meluas oleh manamana produk tertuntu dapat menyelesai­kan masalah yang kita ada,” kata Pengarah Eksekutif Majlis Etika Makanan, badan kebajikan United Kingdom, Dan Crossley.

Larangan penggunaan avokado sama diambil restoran di Bristol dan selatan ibu kota ini dengan pengurus meramalkan, aliran memboikot avokado kemungkina­n menjadikan­nya sepopular dengan buah itu sendiri.

Populariti avokado meningkat di seluruh dunia sejak beberapa tahun lalu, didorong peningkata­n kesedaran manfaat kesihatann­ya, kata pakar.

Peminat buahan itu termasuk selebriti seperti Meghan Markle yang mendedahka­n dalam buku masakannya, sambal cili dan kuah avokado menjadi resipi kegemaran dibuat di rumah sementara penyanyi Amerika Syarikat Miley Cyrus membuat tatu avokado di lengannya pada 2015.

REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia