Berita Harian

Gunners membara di Old Trafford

-

London: Arsenal mempamerka­n aksi cemerlang di bawah bimbingan Unai Emery selepas menang ke atas Tottenham Hotspur, namun pengendali dari Sepanyol itu berkata, anak buahya perlu sekali lagi mempamer aksi konsisten apabila berkunjung ke Manchester United awal pagi esok.

Arsenal menewaskan Spurs 42 di halaman sendiri sekali gus mengatasi seteru utama Utara London itu di tangga keempat dengan hanya perbezaan jaringan, namun Emery percaya aksi konsisten di tempat lawan cukup penting.

“Jika kami beraksi baik ketika ini, kami perlu teruskanny­a pada Khamis ini. Ia adalah perlawanan dan cabaran yang sangat berbeza. Kami perlu teruskan aksi konsisten apabila beraksi di tempat lawan. Kami tahu bahawa kami perlu melakukan perubahan untuk lebih kompetitif.

“Saya rasa pasukan sedang melakukann­ya tetapi apabila bertemu Manchester United di tempat lawan, cabarannya lebih besar berbanding perlawanan lain. Saya pasti ia perlawanan yang menarik. Persiapan untuk perlawanan ini juga memberi motivasi kepada kami,” katanya.

United di bawah bimbingan Jose Mourinho bergelut di tangga ketujuh dengan 22 mata selepas 14 perlawanan.

Kemenangan Arsenal ke atas Spurs melebarkan rekod tanpa kalah di semua pertanding­an kepada 19 perlawanan dan peminat mula mempercaya­i kelab kesayangan mereka itu mampu menjulang trofi liga sejak kali terakhir dimenangi pada musim 20032004 di bawah bimbingan Arsene Wenger.

“EPL adalah keutamaan kami tetapi Liga Europa juga menarik dan begitu juga dengan Piala Liga dan FA,” kata Emery. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia