Berita Harian

Kemelut getir Mourinho

United nanti kunjungan Arsenal yang kian bersemanga­t

-

Jose Mourinho perlu pantas memulihkan moral Manchester United tatkala prestasi skuad kendaliann­ya dilihat mampu mengancam perjalanan keseluruha­n musim tetapi halangan mereka berikutnya ialah Arsenal yang sedang ‘membara’.

United tampak tidak beraksi seperti kebiasaan di Old Trafford hampir keseluruha­n musim ini dengan dua aksi terakhir di gelanggang keramat itu berakhir keputusan seri tanpa jaringan menentang Crystal Palace serta kemenangan kurang meyakinkan ke atas kelab juara Switzerlan­d, Young Boys dalam aksi Liga Juarajuara.

Kunjungan mereka ke laman lawan juga tidak begitu memberangs­angkan seperti dilakukan pada Oktober lalu di mana mereka mencatat kemenangan di Chelsea dan menewaskan Juventus.

Ketika bertemu Southampto­n, United terlebih dulu ketinggala­n dengan dua gol sebelum bangkit menyamakan kedudukan dengan penyerangn­ya, Romelu Lukaku meledak gol pertama sejak kali terakhir melakukann­ya pada 15 September lalu.

Pengendali dari Portugal itu mendakwa pemainnya, selain Marcus Rashford, beraksi longlai, tidak bersemanga­t yang dilabelnya ‘tiada semangat juang.’

Aksi buruk

Menurut wartawan Britain yang rapat dengan ejen Mourinho, Jorge Mendes, pengurus United itu membanding­kan pemain tengahnya Paul Pogba dengan ‘virus’ selepas dia menampilka­n satu lagi aksi buruk di Southampto­n dan menyifatka­n pemain Perancis itu kurang rasa hormat kepada rakan sepasukan dan peminatnya.

Bilik persalinan United juga memberi petunjuk betapa mereka tidak gembira menjelang kunjungan Arsenal ke Old Trafford, awal pagi esok waktu Malaysia.

Sebagai bukti, pemainnya, Juan Mata menolak untuk menyiarkan kolum mingguanny­a, kelmarin di laman web sebaliknya membuat keputusan menulis mesej pendek: “Malangnya, saya berasakan ia bukan masa yang tepat untuk menyiarkan­nya.”

Begitupun, sekali pun dipalit pelbagai kekecewaan, Mourinho dikatakan mendapat sokongan ramai peminat kelab itu yang merasakan pengendali itu tidak mendapat sokongan secukupnya daripada kelab ketika jendela perpindaha­n oleh naib pengerusi, Ed Woodward.

Kegagalan mendapatka­n seorang pun pertahanan berkelas dunia menyebabka­n kekecewaan­nya meningkat tetapi barisan benteng pertahanan yang disenaraik­an ketika bertemu Southampto­n menjengkel­kan peminat paling setia.

Kegagalan untuk menang merosakkan peluang United untuk menghuni tangga empat teratas tiket ke kelayakan Liga Juarajuara dan Mourinho juga tampak seperti percaya pasukannya ditinggalk­an begitu jauh dan ketinggala­n lapan mata di belakang Arsenal yang menghuni tangga keempat.

Ketika ditanya oleh televisyen Brazil mengenai sasarannya bagi keseluruha­n musim ini, Mourinho berkata: “Cuba menang sebanyak mana mata yang boleh dan cuba (untuk mencapainy­a) perkara paling ajaib iaitu menamatkan saingan di kedudukan keempat.

“Tahun lalu, saya berkata menamatkan saingan di tangga kedua sebagai menakjubka­n jika dibandingk­an kualiti kami miliki dengan pasukan lain yang turut bersaing untuk kedudukan empat teratas. Tahun ini, dengan lebih masalah kami peroleh, ia membuktika­n apa yang saya cakapkan.” AFP

 ??  ?? Jose Mourinho, Jurulatih Manchester United
Jose Mourinho, Jurulatih Manchester United

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia