Berita Harian

Ranking tidak bawa kelebihan

-

Bhubaneswa­r: Kedudukan ranking tidak membawa sebarang kelebihan apabila beraksi di kejohanan utama seperti Piala Dunia dan Sukan Olimpik.

Itu pandangan ketua jurulatih India, Harendra Singh yang menetapkan sasaran buat pasukan kendaliann­ya menjulang Piala Dunia di laman sendiri.

Satusatuny­a kemenangan India di Piala Dunia hadir pada edisi 1975 di Kuala Lumpur, dengan mereka lebih bernasib baik dalam temasya Olimpik apabila pernah memenangin­ya lapan kali.

Amat berliku

“China, Kanada dan Perancis sudah membuktika­n ranking tidak diambil kira apabila beraksi di kejohanan utama seperti Piala Dunia. Saya tidak pernah mengambil cabaran lawan berdasarka­n ranking tetapi sebaliknya menilai mereka berdasarka­n prestasi semasa.

“Adakah semua orang pernah menganggap pasukan wanita Ireland mampu layak ke final Piala Dunia? Dan adakah anda percaya skuad bolasepak Croatia mampu mara ke final Piala Dunia 2018.

“Semua pasukan pernah mencapai kejayaan ini dengan mengendahk­an kedudukan ranking apabila beraksi. India mahu menamatkan saingan ini dengan membawa pulang trofi Piala Dunia, dan itu apa yang kami rancangkan,” kata Harendra.

Setakat ini, hanya Malaysia di kedudukan ranking nombor 12 dunia dibelasah 70 oleh pasukan nombor empat dunia, Belanda.

Kanada di kedudukan ke11 sekadar tewas 21 kepada Belgium (ketiga dunia) manakala pasukan nombor 20 dunia Perancis pula hanya tumbang 21 kepada New Zealand yang berada 11 anak tangga di atas mereka.

Pakej kejutan terbesar adalah China (ranking ke17 dunia) yang berjaya mengikat pasukan nombor tujuh dunia England, 22.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia