Berita Harian

‘Hanya tuah pisahkan nasib Pakistan-malaysia’

-

Bhubaneswa­r: Bintang Pakistan, Umar Bhutta pernah beraksi selama lima musim bersama Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dalam saingan Liga Hoki Malaysia, jadi dia sudah menjangkak­an apa yang bakal dilaluinya dalam aksi genting Kumpulan di Stadium Kalinga, hari ini.

Dan hakikat bahawa Malaysia sudah tiga kali bertemu Pakistan pada tahun ini pastinya diambil kira ketika keduadua pasukan sedang cuba melayakkan diri ke pusingan playoff.

Pakistan sekadar tumbang 10 kepada Jerman manakala Malaysia dibelasah 70 oleh Belanda, pada aksi pertama Sabtu lalu.

Kenal setiap pemain

“Bukan saja saya, malah semua rakan sepasukan Pakistan saya amat mengenali setiap pemain Malaysia kerana sesetengah daripada kami pernah beraksi dalam Liga Malaysia, manakala yang lain pernah bertemu mereka di pentas antarabang­sa.

“Saya percaya tuah yang akan memisahkan keduadua pasukan pada aksi kumpulan esok (hari ini),” kata pemain sayap yang sudah membuat 163 kemunculan buat Pakistan.

Keduadua pasukan kemudianny­a dijadualka­n menentang lawan gergasi pada aksi terakhir kumpulan Malaysia bertemu Jerman manakala Pakistan melawan Belanda.

Tidak ambil mudah

“Sebaik tiba ke kejohanan ini Pakistan dan Malaysia tahu kesukaran yang perlu dihadapi apabila berdepan Jerman dan Belanda. Memang kami mem peroleh keputusan yang baik ketika bertemu Jerman tetapi itu tidak bermakna kami boleh mengambil mudah cabaran Malaysia.

“Itu bukan aksi sebenar Malaysia, kami tahu mereka boleh beraksi lebih baik daripada itu. Jadi esok (hari ini) akan menjadi perlawanan yang menarik,” kata Umar.

Empat tahun lalu di Stadium Kalinga, Pakistan mengejutka­n India 43 dalam aksi separuh akhir Trofi Juarajuara sebelum tumbang 20 kepada Jerman di final.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia